Orang Terengganu memang suka dengan hidangan ikan, kan? Memandangkan kebanyakkan rakyat negeri Pantai Timur itu berkerja sebagai nelayan, tidak hairan lah jika lauk ikan sering dinikmati.
Bukan sahaja terkenal dengan nasi dagang dan mee calong, anda jangan terkejut bila dihidang semangkuk mee bersama seekor ikan. Hidangan mee ikan ini hanya boleh didapati di Terengganu sahaja tau! Nak tahu cara untuk menyediakannya? Jom baca resepi yang dikongsikan oleh Zubaidah Awang.
Resepi Mee Ikan, Hidangan Hanya di Terengganu
Bahan-Bahan
- 7 ulas bawang putih
- 70gram bawang merah
- 3 biji cili padi
- 30gram cooking oil
- 480g air rebusan ikan
- 10g kicap masin jalen
- 10g kicap pekat
- 5g kicap lemak manis
- 1 biji tomato saiz besar (hiris 8)
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 250g baby bak choy (dipotong)
- 1 biji cili hidup potong
- 500g mee kuning
- 3-4 ekor ikan (kembong/cermin)
Cara Penyediaan
- Rebuskan ikan dalam 500g air.
- Simpan ikan yang dah masak dan air rebusan tadi.
- Kisarkan bawang putih, bawang merah bersama cili padi.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
- Masukkan air rebusan ikan, kicap pekat, kicap masin, kicap lemak manis, lada putih, lada hitam dan tomato, rebus hingga mendidih.
- Masukkan sayur bak choy, cili hidup, boleh juga letak lobak merah kalau ada dan akhir sekali, masukkan mee dan masak selama 2 minit.
- Hidangkan mee bersama ikan yang direbus tadi.
Siapa yang suka dengan mee dan lauk ikan atau nak cuba menu makan malam yang ringkas dan sedap, boleh lah cuba resepi special Terengganu, mee ikan ini. Nampak sungguh menyelerakan, semangkuk tak akan cukup.
Selamat mencuba.
Kredit: Zubaidah Awang
Baca Juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Memasak Daging Goreng Terengganu Yang Sangat Sedap. Warga Ganu Approve Resepi Ini!