Scone sangat digemari di negara beriklim sejuk dan negara Eropah. Mula mendapat populariti di Malaysia ketika ia menjadi terkenal di Cameron Highlands, teksturnya yang unik menjadinya hidangan yang enak untuk dinikmati.
Bagi anda yang tak mampu untuk ke Cameron Highlands untuk mencuba ini, cubalah resepi scone yang ‘failproof’ yang telah dikongsikan oleh Qurratuaini Nazori di laman Facebook. Resepi ini mudah diikuti dan sesiapa sahaja boleh menyediakannya.
Resepi Scone Yang ‘Failproof’
Bahan-Bahan
- 500gram tepung naik sendiri
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 50gram gula kastor
- 100gram dried cranberry, kismis atau chocolate chips (jika ingin scone biasa, jangan letakkan bahan ini)
- 110gram mentega
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 300ml susu full krim
Cara Penyediaan
- Satukan bahan-bahan kering. Gaul sebati dengan tangan sampai jadi ala-ala breadcrumbs.
- Masukkan susu and esen vanilla. Gaul sampai menjadi seperti doh biskut.
- Canaikan doh tebal, agak-agak sahaja ketebalannya. Tekap bentuk bulat. 1 adunan ini boleh menghasilkan 14 keping scones.
- Sapukan permukaan doh dengan kuning telur dan sedikit susu full cream. Jika ingin sapukan dengan kuning telur sahaja juga boleh.
- Panaskan oven pada suhu 180 hingga 190 degC, bergantung pada oven masing-masing. Pastikan oven telah dipanaskan 10 minit awal sebelum anda masukkan scone. Bakar scone selama 10 hingga 15 minit atau sehingga keperangan.
- Boleh dinikmati dengan whipped cream dan jem strawberi.
Mudah sahaja untuk menyediakan scone ini, kan? Dijamin memang failproof dan boleh dicuba oleh sesiapa. Kalau anda tak menemui mana-mana scone di bakeri, ikutilah resepi ini. Dijamin menjadi.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.
Kredit: Qurratuaini Nazori
Baca Juga: Jom Cuba Resepi Mochi Susu, Pencuci Mulut Yang Comel, Chewy & Sedap Bila Dimakan