Tanggungjawab memasak tidak jatuh pada si isteri sahaja. Sekali sekala para suami ke dapur untuk memasak pun tidak salah, kan? Lagi lah isteri bertambah sayang.
Jadi buat anda yang mencari hidangan yang mudah untuk disediakan untuk seisi keluarga, boleh lah mencuba resepi udang sweet & sour yang ringkas, sangat sedap dan keluarga mesti suka. Nak tahu caranya? Jom baca resepi yang dikongsikan oleh Mohd Rozmie.
Resepi Udang Sweet & Sour Yang Mudah
Bahan-Bahan
- 400 gram udang saiz biasa
- Sedikit serbuk kunyit
- 1 ulas bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 biji tomato (dipotong dadu)
- 2 sudu besar cili kisar
- 4 sudu besar sos cili
- 1 sudu kecil sos tiram (guna jenama ini)
- 1 hingga 2 sudu besar sos ikan
- 1 potong nenas (dipotong dadu)
- 1/2 biji bawang holland (dipotong bulat)
- 1 tangkai daun bawang
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- Daun bawang (untuk hiasan dan dihiris halus)
Cara Penyediaan
- Cuci udang sehingga bersih. Setelah siap dicuci, gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
- Bila minyak masak sudah panas, masukkan udang yang telah digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
- Jangan goreng terlalu lama, cukup sekadar seminit dua sahaja. Bila warna kulit udang sudah bertukar warna, terus angkat dan ketepikan dahulu.
- Dengan minyak lebihan goreng udang tadi (jika kurang boleh tambah sedikit minyak) terus masukkan bahan cincang halus bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga naik bau dan kekuningan.
- Kemudia, masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili masak atau pecah minyak.
- Pastikan cili kisar betul-betul pecah minyak, kemudian masukkan tomato yang telah dipotong dadu, kacau sehingga tomato jadi lembut. Jus dari tomato ini nanti akan menambahkan rasa masam manis masakan.
- Masukkan anggaran 4 sudu sos cili bersama 2 sudu sos ikan. Kacau sehingga sebati.
- Seterusnya masukkan nenas yang telah dipotong dadu. Kacau sampai sebati.
- Seterusnya tambah 1/2 cawan air.
- Perasakan dengan sedikit garam dan satu sudu besar sos tiram. Sekiranya perlu letak sedikit gula untuk seimbangkan rasa masakan.
- Jika semua rasa masakan dah elok, terus masukkan bawang holland yang telah dipotong bulat. Kacau hingga sebati, hingga bawang sedikit layu di tasik madu.
- Akhir sekali, masukkan udang tadi dan gaul selama seminit dua. Dah boleh tutup apinya. Jangan terlalu lama, nanti udang jadi keras dan tak puas makan.
Memang mudah sahaja, kan? Tengok pun dah rasa teliur. Kalau anda dah bosan dengan menu udang yang biasa-biasa, boleh lah cuba resepi udang sweet & sour ini. Dijamin membangkit selera keluarga.
Selamat mencuba resepi mudah ini.
Kredit: Mohd Rozmie
Baca Juga: Susah Nak Cari Yang Halal, Ini Resepi Pes Gochujang Homemade Yang Mudah. Lepas Ni Tak Perlu Beli Dah, Boleh Jimat!