Bagi peminat minuman segera berpaket, pasti korang selalu try and error kan minuman dan jenama apa yang sedap? Minuman segera atau kita selalu panggil instant drink ni memang menjadi piilihan ramai kerana memang memudahkan dan menjimatkan masa.
Misalnya, ada sesetengah orang memang minum instant drink sambil buat kerja. Jika mereka di pejabat, selalunya bancuh sahaja instant drink untuk minum bagi menghilangkan rasa mengantuk.
Seperti yang dikongsi oleh penggemar instant drink di Twitter, Tiyashare berkongsi dan memuji rasa sedap instant drink keluaran Aik Cheong. Bukan setakat rasa sedap, Aik Cheong juga mengeluarkan pelbagai variasi perisa minuman. Tidak setakat penjualan kopi, tetapi coklat dan juga teh hijau menjadi produk keluarannya.
“Finally I found the best instant drink. I jenis suka try and error any instant drink yang betul-betul sedap dan kena dengan tekak I. Finally I found the one!,” katanya pada ciapan di Twitter.
Tambahnya lagi, instant drink keluaran Aik Cheong tidak terlalu manis seperti sesetengah jenama lain. Ia membuatkan dirinya menyukai jenama tersebut.
“I beli dekat offiicial store Aik Cheong so lagi murah than the other store. Dalam ada 12 packets and for me dia tak terlampau manis. Minum time hujan memang sedap.
“Jika packaging yang variety pack, ada 4 rasa yang berlainan. Kegemaran saya coklat dan latte!” katanya lagi.
Ciapan itu tular hingga mendapat ulang ciap sebanyak 2 ribu lebih dan tanda suka sebanyak 5 ribu lebih.
Meninjau ruangan komen, ramai yang bersetuju mengatakan jenama Aik Cheong mempunyai rasa yang sedap. Keluaran jenis cawan yang dijual di 7 Eleven merupakan antara yang menarik perhatian.
“Tak boleh nak deny lagi. Sedap sangat rasa minum coklat kayangan pun ya juga. Dengan buih-buih dalam mug. Minum waktu sejuk macam ni,” komen netizen bernama Zaireen.
Korang yang tak pernah rasa lagi boleh cuba tau! Banyak terjual di pasar raya berdekatan dengan pilihan perisa yang menarik! Boleh tengok pilihannya di sini!
Sumber: Tiyashare
Baca juga: Suka Kopi Kaw? Ini 7 Jenama Kopi Sedap Yang Anda Wajib Cuba, Semerbak Satu Rumah!