Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Suka Kopi Kaw? Ini 7 Jenama Kopi Sedap Yang Anda Wajib Cuba, Semerbak Satu Rumah!

Si Bunga by Si Bunga
Julai 13, 2022
in Promosi, Review
4 min read
0 0
0
Suka Kopi Kaw? Ini 7 Jenama Kopi Sedap Yang Anda Wajib Cuba, Semerbak Satu Rumah!
0
SHARES
844
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kopi sudah menjadi satu kewajiban bagi kebanyakan orang. Rasa serta aromanya yang enak boleh membuatkan sesiapa saja celik mata dan lebih bertenaga untuk mulakan hari baru.

BacaJuga

BAS AWAM

Wanita Tumpahkan Air Kopi Dalam Bas Awam, Tindakan Lelaki Ini Dapat Pujian Orang Ramai

Januari 16, 2023
1
Kopi Menjadi Penyebab Revolusi Dunia

Sejarah Menakjubkan! Bagaimana Kopi Menjadi Penyebab Revolusi Dunia

Oktober 31, 2022
0

Buat peminat tegar kopi, anda wajib cuba 7 produk kopi yang paling laris dan menjadi kegemaran ramai ni. Terdapat pelbagai pilihan yang pasti bakal melengkapi pagi anda. Kalau nak pekena untuk minum petang pun best!

Jom kita tengok 7 kopi sedap yang wajib anda nikmati di rumah!

7 Produk Kopi Sedap dan Padu Untuk Anda Nikmati Tak Kira Masa

1. Wonda Coffee

Diperbuat daripada 100% biji Arabika dari Brazil, ramai yang cukup menggemari aroma serta rasa serbuk kopi Wonda yang premium. Terdapat dua pilihan serbuk kopi Wonda iaitu :

Instant Coffee Premium Class

  • Serbuk kopi yang halus menghasilkan rasa yang kaw dan seimbang.

Instant Coffee Gold Class

  • Campuran 2 jenis kopi menghasilkan rasa yang lebih kaya dan tekstur kopi yang cukup padu.

Kredit : Twitter @naufalantezem

2. Kopi 3-In-1 Aik Cheong

Bagi yang suka pekena kopi 3-in-1 tak kira masa, apa kata anda cuba jenama Aik Cheong? Walaupun kurang popular, namun rasa kopinya dikatakan cukup berkualiti dan teramatlah sedap!

Terdapat pelbagai kopi pracampur bestseller yang anda boleh dapatkan daripada Aik Cheong iaitu :

Aik Cheong Cappucino

  • Sesuai untuk yang gemarkan rasa kopi susu berkrim
  • Didatangkan bersama choco granule yang boleh ditabur atas kopi

Aik Cheong Caramel Macchiato

  • Kombinasi rasa kopi dan karamel yang seimbang.
  • Lebih sedap bila diminum dengan ais.

Aik Cheong Mocha

  • Gabungan rasa kopi dan coklat yang sangat enak dan berkrim.

Aik Cheong CoffeeMix

  • Kurang manis namun aroma kopinya cukup padu.

Aik Cheong Latte

  • Antara kopi paling laris dari Aik Cheong. Rasanya kurang manis dan lemak berkrim.

Aik Cheong White Coffee

  • Sesuai untuk yang gemarkan kopi kurang manis
  • Rasa kopi tak terlalu pahit dan seimbang

3. Moccona Instant Premium Coffee

Jenama Moccona turut digemari oleh coffee lover kerana rasanya yang cukup beraroma dan menyegarkan. Ada yang kata kopi ini rasa hampir macam Farm Fresh Coffee bila ditambah dengan susu segar!

Apa yang menarik tentang kopi ini adalah variasi serbuk kopi yang boleh dipilih berdasarkan citarasa. Anda boleh serbuk kopi dengan intensiti dari tahap 5 hingga 10.

Kopi decaf pun ada bagi yang nak nikmati kopi pada waktu malam.

Antara pilihan serbuk kopi yang ditawarkan adalah :

  • Hazelnut
  • Classic (Decaffeinated/Medium Roast)
  • Espresso Style
  • Indulgence

Kalau anda lebih sukakan kopi jenis berkrim, bolehlah cuba kopi 3-in-1 dari Moccona seperti Latte, White Espresso dan Cappucino.

4. Kopi Cap TV Kluang

Pernah tular masa awal PKP beberapa tahun lepas, penangan Kopi Cap TV Kluang memang lain macam! Kata orang Johor, kopi ini turut digemari oleh kerabat diraja Johor.

Penggemar Kopi O wajib cuba kopi kebanggaan orang Johor ni, memang padu bila dinikmati ketika sarapan pagi atau minum petang.

Kopi Sedap
Kredit : Acik Bawang Shopee

5. Starbucks House Blend

Jenama Starbucks boleh dikatakan antara yang paling top di kalangan peminat tegar kopi. Kalau nak tahu, Starbucks juga hasilkan serbuk kopi bancuh sendiri untuk anda nikmatinya di rumah.

Sekali bancuh, semerbak satu rumah dengan bau kopi Starbucks!

Antara serbuk kopi yang paling laris ialah :

  • Medium Roast Ground Coffee
  •  Esspresso Roast Dark Roast Whole Bean Coffee
  • Veranda Blend Blonde Roast Ground Coffee

Kredit : Syah Amir Kopi Sedap

Kalau anda sukakan rasa kopi lemak berkrim, anda juga boleh cuba Premium Instant Coffee dari Starbucks iaitu Cappucino, Caramel Latte dan Caramel Mocha yang cukup padu!

Kopi Sedap

Confirm lebih nikmat dan jimat bila anda bancuh sendiri di rumah! Kalau ada serbuk kopi ni, nak minum Starbucks hari-hari pun boleh!

6. Mister Coffee

Antara jenama kopi dari Muar yang jarang didengar namun cukup laris di atas talian, ramai yang menggemari bau semerbak kopi ini serta rasanya yang cukup kaw.

Terdapat pelbagai piiilihan biji kopi yang anda boleh nikmati di rumah seperti Arabica, Robusta, Italian Style dan Liberica.

Salah satu ciri-ciri menarik dari kopi Mister Coffee adalah pilihan kehalusan kopi yang ditawarkan dari Extra Coarse (paling kasar) hingga Extra Fine (paling halus).

Kopi Sedap

Setiap tahap kehalusan kopi ini pula mempunyai kesesuaian yang berbeza bergantung pada citarasa anda. Kalau anda sukakan kopi bancuh biasa, boleh pilih yang medium. Kalau anda sukakan yang pekat macam espresso, anda boleh pilih extra fine.

7. Lavazza Instant Coffee

Lavazza juga merupakan antara jenama kopi sedap yang turut disyorkan oleh netizen.  Ia juga merupakan antara pilihan kopi paling popular bagi yang sedang berdiet kerana kandungan kalorinya yang sangat rendah iaitu sekitar 2 kcal sahaja!

Untuk anda yang pertama kali try jenama ini, cubalah Lavazza Espresso, Lavazza Intenso atau Lavazza Crema E Gusto.

Kopi Sedap
Kredit : Facebook Aiman Hakim

Banyak rupanya jenama kopi yang padu untuk dicuba. Semuanya menarik dan nampak sedap untuk dicuba. Dari kopi pekat sehinggalah kopi yang sesuai diminum pad awaktu malam, kesemuanya pasti bakal menepati citarasa anda. Jom cuba jenama kopi sedap ni di rumah!

Download Nulled WordPress Themes
Download Premium WordPress Themes Free
Download Premium WordPress Themes Free
Download WordPress Themes
download udemy paid course for free
download karbonn firmware
Tags: Jenis Kopikopi
ShareTweetSend

Related Posts

Dari Roti Biawak Hingga Roti Canai Pelangi, Ini 15 Roti Canai Paling Rare di Malaysia Yang Patut Anda Cuba
Review

Dari Roti Biawak Hingga Roti Canai Pelangi, Ini 15 Roti Canai Paling Rare di Malaysia Yang Patut Anda Cuba

Disember 5, 2023
41
Dari Keropok Lekor Hingga Sate, Ini 11 Produk Menarik dari Ramly Yang Jarang Orang Tahu. Rugi Tak Cuba Sendiri!
Promosi

Dari Keropok Lekor Hingga Sate, Ini 11 Produk Menarik dari Ramly Yang Jarang Orang Tahu. Rugi Tak Cuba Sendiri!

November 27, 2023
231
Khas Untuk Penggemar Memasak Cara Ekspres, Ini 7 Produk Adabi Yang Best Tapi Ramai Tak Tahu. Wajb Cuba!
Info

Khas Untuk Penggemar Memasak Cara Ekspres, Ini 7 Produk Adabi Yang Best Tapi Ramai Tak Tahu. Wajb Cuba!

November 6, 2023
123
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist