Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kenapa Jadi Macam Tu..?” – Buka-Buka Dapat Isi Durian Berduri, Lelaki Ini Berasa Hairan Dengan Buah Yang Dibeli

“Kenapa Jadi Macam Tu..?” – Buka-Buka Dapat Isi Durian Berduri, Lelaki Ini Berasa Hairan Dengan Buah Yang Dibeli

Kategori:
isi durian berduri

Buah Durian diberi nama samaran Raja Buah. Mempunyai luaran yang berduri dan tajam tapi isi buah yang harum lemak manis, ia menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia.

Selalunya buah itu lebih enak bila ia dinikmati pada musimnya. Malah, terdapat pelbagai jenis durian yang boleh dicuba pada harga yang berpatutan pada musim tersebut. Namun ada sejenis durian yang sangat jarang ditemui, orang ramai mesti hairan bila melihat isinya.

“Kenapa Jadi Macam Tu..?” – Buka-Buka Dapat Isi Durian Berduri, Lelaki Ini Berasa Hairan Dengan Buah Yang Dibeli

Membeli buah durian dari peniaga tempatan, seorang lelaki, joe_4534 memuat naik sebuah video di laman media sosial untuk berkongsi satu penemuan yang sangat memeranjatkan.

Membawa buah durian itu pulang untuk dimakan bersama keluarga, lelaki itu mengambil sebilah parang untuk mengupas kulit buah itu. Namun bila dibuka, mereka terperanjat apabila melihat isi buah tersebut. isi durian berduriisi durian berduri

Jika dilihat, satu isi buah itu kelihatan lain dari yang lain kerana mempunyai duri yang tajam. Tak pernah melihatnya, lelaki tersebut berasa hairan dengan kejadian yang pelik itu.

@joe_4534 #durianpelik ♬ Che La Luna – Louis Prima

Menjengah di ruangan komen, seorang pengguna, ceo_dubbingpargoy menerangkan bahawa apa yang ditemui bukanlah isi tapi menurut orang Kedah, ia merupakan pulur durian yang sangat jarang ditemui.

Manakala beberapa orang berasakan dia sangat beruntung untuk menyaksikan kejadian ajaib itu. Dari dibuang, isi tersebut bolehlah disimpan untuk dijadikan satu kenangan yang berharga.

Jarang Ditemui, Boleh Juga Disimpan isi durian berduri isi durian berduri

Sememangnya perkara ini tidak berlaku pada semua orang. Bagi mereka yang melihatnya buat pertama kali, sudah tentu akan berasa terperanjat. Jika anda menemuinya, jangan dimakan pula sebaliknya disimpan sebaik mungkin supaya boleh dikongsikan pada kemudian hari.

Kredit: joe_4534

Baca Juga: Penulis Malaysia Harumkan Nama Negara, Buku Masakan Berjaya Raih Anugerah Di Gourmand Awards

tags: | |