Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Isteri Buat Surprise Untuk Suami Sempena Hari Jadi, Reaksi Lucu Lelaki Itu Buat Ramai Terhibur

Isteri Buat Surprise Untuk Suami Sempena Hari Jadi, Reaksi Lucu Lelaki Itu Buat Ramai Terhibur

Kategori:
Surprise Untuk Suami

Setiap rumah tangga yang didirikan mempunyai pelbagai cabaran yang perlu dihadapi. Namun sebagai sebuah pasangan, kita perlu sentiasa kuat dan sabar dalam menghadapinya.

Tambahan pula, kita juga perlu menghargai pengorbanan pasangan masing-masing dengan meraikan mereka. Kadang-kadang tak perlu pun menghabiskan wang ratusan ringgit, cukup mengingati tarikh penting dan buat mereka rasa seperti dihargai.

Isteri Buat Surprise Untuk Suami Sempena Hari Jadi, Reaksi Lucu Lelaki Itu Buat Ramai Terhibur

Sempena hari lahir suami, seorang isteri Faa Santik telah memutuskan untuk melakukan satu surprise kecil untuk suami.

Untuk mengelakkan tindakannya dikesan, dia telah mengupah seseorang untuk menyediakan gubahan kecil untuk diberi pada suaminya. Tiba sahaja hari jadinya, ia akan dihantarkan.  Surprise Untuk Suami

Semasa suaminya sibuk mengemas gerai selepas seharian menjual, mereka dihampiri oleh seorang wanita yang sebuah gubahan yang dihiasi dengan riben dan belon.

Tahu bahawa perkara itu telah dirancang oleh isterinya, lelaki itu terus melompat ke dalam kereta, mungkin malu dengan pemberian tersebut. Surprise Untuk Suami

Berharap tiada yang melihatnya, dia akhirnya terpaksa keluar dari kereta tersebut kerana perlu menerima gubahan tersebut.

Walau masih malu dengan pemberian itu, suaminya tetap mengucapkan terima kasih dan siap mahu menunjuk pemberian isterinya pada kawan-kawan yang menjual di belakarng gerai mereka. Surprise Untuk Suami

Meskipun pemberian ini mungkin kelihatan kecil bagi segelintir pihak tapi wanita itu gembira kerana dapat memberi sesuatu pada suaminya yang telah banyak berjasa padanya.

@f4444_ Suamiku kesayanganku ♥️#cocktail #cocktailbuahviral #birthdayboy #fypシ゚viral #gweichrancak #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Doa Untuk Kamu – Aviwkila

Suami mungkin kelihatan malu dengan pemberian tersebut tapi percayalah bahawa hati dia sedang berbunga dan gembira, mesti dia rasa seperti dihargai. Jangan kata wanita sahaja, para jejaka pun suka apabila pasangan mereka buat kejutan sebegini sekali-sekala.

Kredit: Faa Santik

Baca Juga: Pelik Tengok Jagung Ada Rambut, Soalan Adik Comel Ini Buat Ibu Gelak Hingga Pecah Perut

tags: | | |