Hari Guru merupakan satu perayaan yang diraikan setiap tahun bagi menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik.
Sempena sambutan Hari Guru 2024, ramai guru berkongsi hadiah istimewa yang diterima di sekolah masing-masing.
Bercerita tentang hadiah, seorang guru telah berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila mendapat hadiah yang istimewa dari anak muridnya.
Menurut hantaran di laman Tiktok yang telah mendapat perhatian ramai, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Pos Bersih, Perak telah menerima jambanagan ulam-ulaman.
Gelagat seorang murid memberikan ulam seperti bunga kantan, cili padi, pucuk paku, dan pucuk ubi dalam bentuk jambangan yang begitu kreatif mendapat pujian ramai.
Bahkan ada juga yang memberikan buah-buahan yang ditanam di rumah dan kuali kepada guru tersebut sebagai tanda penghargaan.
Mungkin ini bukanlah barangan yang mewah, tetapi ketulusan dan keikhlasan murid dalam memberikan hadiah sebagai tanda ingatan kepada guru itu memberi makna yang sangat besar.
Hadiah-hadiah tersebut, walaupun sederhana, ia juga mencerminkan kasih sayang yang mendalam dari murid-murid kepada guru-guru mereka.
Melihat kepada komen netizen ada yang mengatakan inilah hadiah yang paling bernilai yang boleh dikenang sehingga bila-bila.
@misaikeli88 Sukanyaaaa kita hikhikhik #hadiahhariguru
@misaikeli88 Sukanyaaaa kita hikhikhik #hadiahhariguru ♬ Favourite Thing – Yuna
“Paling terharu juga tengok.. Betapa ibunya sedaya boleh nak juga bagi hadiah kat cikgu apa yang mereka termampu”
“banyak-banyak post pasal hadiah hari guru… i think yang ni yang paling best!!! we got a winner! bestnyaaaa… penuh keikhlasan siap buat bouquet lagi”
Guru-guru adalah tunggak utama dalam membentuk generasi masa depan yang cemerlang dan sumbangan mereka akan sentiasa dikenang dan dihargai.
Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang telah berbakti dengan penuh dedikasi.
Sumber: misaikeli88
Baca juga: Guru Ini Berhenti Kerja Untuk Jual Sandwic Di Kampung Halaman, Ingin Luangkan Masa Dengan Anak