Ketika Perintah Kawalan Pergerakan ni, orang ramai diingatkan sentiasa berada di rumah.
Hanya keluar rumah ketika memerlukan sahajanya, ketika mahu membeli makanan atau barang keperluan anak.
Untuk mengelakkan anda perlu kerap keluar rumah, anda perlulah bijak merancang dan mengawal bahan untuk dimasak. Perlu berjimat-cermat ketika masak dan makan.
Maryam Elyas, berkongsi di laman Facebooknya resepi sesuai untuk dimasak ketika musim catuan makanan ini. Tidak menggunakan banyak bahan, tidak perlu letak udang. Tapi sudah cukup mengenyangkan.
Resepi Jemput-jemput Bawang Dan Kentang
Bahan-bahan:
- 3 cawan tepung gandum
- 1 biji kentang
- 1 biji bawang
- Sesetengah sudu kecil garam
- 2 cawan air
- Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat:
- Masuk tepung gandum dalam mangkuk.
- Kentang dipotong dadu. Masukkan dalam mangkuk.
- Bawang dipotong dadu. Masukkan dalam mangkuk.
- Bancuh air dengan garam. Kemudian tuang sedikit-sedikit dalam mangkuk.
- Kacau sehingga sebati.
- Panaskan minyak masak. Goreng sesudu, sesudu. Goreng sehingga habis bancuhan.
Senang kan? Murah, sedap dan dapat banyak. Penuh 2 pinggan tadi. Selamat mencuba!
Kredit: Facebook Maryam Elyas
Baca juga: 14 Menu Yang Menjimatkan & Menyelerakan Semasa Berkurung