Jeruk ikan masin adalah ikan yang diperam bersama garam, asam keping dan cuka makan selama sekurangnya 7 hari. Jika anda beli di kedai, harganya terlalu mahal dan sangat sedikit. Apa kata anda buatnya sendiri di rumah dan boleh juga guna ikan lain selain tenggiri. Contohnya, ikan gelama dan ikan senangin.
Anda boleh buat stok banyak-banyak dan disimpan kerana ia boleh tahan berbulan-bulan. Jadi anda tidak perlu bersusah payah untuk membelinya lagi. Jeruk ikan masin ni lagi fresh kalau kita buat sendiri. Jom kita lihat cara buat ikan masin tenggiri yang dikongsikan oleh Suria Abdullah.
Nota: Rahsia dari orang Melaka, bila dia tahu saya buat jeruk ikan tenggiri ni, dia bilang kalau nak lagi sedap kau peram dalam tempayan. Saya dah buat, memang lagi sedap. Sekarang bukan lagi rahsia hehe, cuma bekas tempayan tu mahal kat sini.
Antara rajin dengan malas je nak buat lauk ni. Kerana ia melibatkan banyak proses dan memakan masa yang agak lama untuk diperam. Kalau anda malas, beli je tapi pastikan keluaran produk muslim tau. Di jamin halal dan bersih.
Selamat Mencuba!
Kredit foto & resepi: Suria Abdulla Via BIKMM