Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Supplier Kami Ada Sijil Halal” – Restoran Johnny’s & Black Canyon Ada Sijil Halal Bagi Bahan Mentah Dapur

“Supplier Kami Ada Sijil Halal” – Restoran Johnny’s & Black Canyon Ada Sijil Halal Bagi Bahan Mentah Dapur

Kategori: ,
sijil halal

Semalam, 3 September 2024 pada Selasa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan kenyataan tentang beberapa restoran popular di Malaysia yang tidak mempunyai sijil halal.

5 restoran yang dimaksudkan ialah Restoran Johnny’s, Black Canyon, Mr Dakgalbi, Bungkus Kaw Kaw, Dolly Dim Sum dan Ayam Penyet Best.

“Supplier Kami Ada Sijil Halal” – Restoran Johnny & Black Canyon Ada Sijil Halal Bagi Bahan Mentah Dapur

sijil halal

Sejurus selepas siaran media sosial JAKIM tular dalam talian, Dolly Dim Sum menyatakan dapur pusat mereka disahkan halal dan syarikat itu dalam proses mendapatkan pensjilan untuk cawangannya.

Ayam Penyet Best juga berkongsi berkongsi bahawa 4 daripada cawangannya mempunyai pensijilan halal yang sah.

Berdasarkan isu tersebut, pengurus Restoran Johnny’s mengeluarkan kenyataan tentang pensjilan halal yang diperoleh pembekal.

Dalam masa yang sama, mereka juga sedang menunggu sijil halal oleh JAKIM.

Tiada Alkohol Atau Bahan Terlarang Digunakan

sijil halal

Mereka juga menegaskan tentang penyediaan dapur mereka yang tidak melibatkan sebarang alkohol atau bahan-bahan terlarang.

“Kami ingin memberi keyakinan kepada semua pelanggan bahawa semua bahan makan yang digunakan di restoran kami termasuk ayam, telur, daging dan bahan mentah lain diperoleh daripada pembekal yang mempunyai sijil halal. Salinan sijil-sijil ini dapat dirujuk di semya restoran kami, jika perlu.

“Kami juga ingin meyakinkan semua pelanggan bahawa tiada penggunaan sebarang alkohol atau wain dalam pemprosesan atau penyediaan makanan dan minuman kami,” kata mereka lagi dalam kenyataan tersebut.

Sumber: Johnny’s & Black Canyo

Baca juga: Khairulaming Ucap Maaf Tak Sempat Balas Ucapan Tahniah Orang Ramai, Sibuk Kejar Flight Sambut Percutian Pekerja

tags: