Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kesukaan Ramai, Jom Buat Jemput Ikan Bilis Dan Bawang!

Kesukaan Ramai, Jom Buat Jemput Ikan Bilis Dan Bawang!

Kategori:
jemput ikan bilis dan bawang

Jemput-jemput merupakan antara makanan yang mudah disediakan dan terkenal di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis jemput-jemput yang boleh didapati termasuklah jemput udang, jemput pisang, jemput kentang, dan lain-lain. Namun yang paling terkenal adalah jemput ikan bilis dan bawang.

Suri rumah yang sibuk rata-rata suka menyediakannya kerana bahan yang ringkas dan mudah didapati di rumah. Yang penting enak, anak-anak dan suami pun suka untuk menikmatinya. Tak kira untuk sarapan pagi atau minum petang, jemput ikan bilis dan bawang menjadi pilihan.

Kalau anda ingin mencubanya, boleh lah ikuti resepi jemput ikan bilis dan bawang yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Facebook.

Resepi Jemput Ikan Bilis dan Bawang

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • Segenggam ikan bilis (boleh kisar atau tumbuk halus jika suka)
  • Garam secukup rasa
  • 2 cawan air panas mendidih

Cara-Cara Penyediaan

1. Satukan tepung gandum dan bahan-bahan lain kecuali air dan gaul sehingga rata

2. Masukkan air panas yang mendidih sedikit demi sedikit sehingga semua sebati. Dinasihatkan menggunakan senduk untuk gaulkan kerana air yang panas. Biarkan sekejap.

3. Basahkan tangan dengan air, ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Buat sehingga habis.

4. Goreng sehingga kekuningan atau garing dengan api yang sederhana.

Tak susah pun nak sediakan jemput ikan bilis dan bawang ini, kan? Masuk dapur, buat sendiri dah siap. Kalau anda tercari-cari menu yang ringkas untuk hari ini, boleh cuba resepi ini.

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ini kepada kawan-kawan anda.

Kredit: Liyana Ahmad

Baca Juga: Tak Pernah Dibuat Orang, Ini Cara Buat Jemput-Jemput Sosej Rangup & Sedap

tags: |