Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tak Perlu Ke Restoran Jepun, Jom Cuba Buat Sendiri Chawanmushi Ala Sushi King Di Rumah

Tak Perlu Ke Restoran Jepun, Jom Cuba Buat Sendiri Chawanmushi Ala Sushi King Di Rumah

Kategori: ,
Chawanmushi Ala Sushi King

Bagi penggemar masakan Jepun, Chawanmushi bukanlah hidangan yang asing. Mempunyai tekstur yang seakan kastad, ia terkenal dan selalu dipesan di restoran.

Rupanya juga sangat menarik tapi percayalah bahawa ianya mudah sahaja untuk disediakan. Bagi penggemar Chawanmushi ala Sushi King, di sini kami ingin berkongsi resepinya yang telah diolah oleh Ummu Ashraf di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Jom baca untuk ketahui caranya!

Tak Perlu Ke Restoran Jepun, Jom Cuba Buat Sendiri Chawanmushi Ala Sushi King Di Rumah

Bahan-bahan

  • 3 biji telur saiz besar
  • 500 ml stok dashi atau stok ayam (pastikan berada di suhu bilik, jangan panas)
  • 1 1/2 sudu kecil kicap cair
  • 1 sudu kecil madu (ganti Mirin)
  • Sedikit garam (jika perlu)
  • 3 cendawan shiitake kering (direndam air panas, ditoskan dan dihiris nipis)
  • Sedikit daun bawang (hiris nipis)

Cara penyediaan

  1. Kocok telur menggunakan chopstick. Kita tak mahu pukul sampai berbuih atau berudara.
  2. Campurkan stok, kicap cair, madu dan garam jika perlu, kacau rata, masukkan dalam mangkuk telur tadi. Kacau dengan chopstick sekadar adunan bersatu. Chawanmushi Ala Sushi King
  3. Tapis adunan dengan penapis paling halus. Chawanmushi Ala Sushi King
  4. Masukkan cendawan shiitake dalam mangkuk, tuang adunan telur dan tabur daun bawang.
  5. Kukus bertutup atasnya supaya air tak masuk. Guna api kecil (jangan bagi api besar, nanti terlebih masak dan tekstur tak sedap). Kukus selama 15 minit. Chawanmushi Ala Sushi King Chawanmushi Ala Sushi King
  6. Hidang panas-panas. Chawanmushi Ala Sushi King Chawanmushi Ala Sushi King Chawanmushi Ala Sushi King

Nampak sedap sangat Chawanmushi ini, kan? Rasanya pun tentu nak sama dengan Sushi King jadi anda tak perlu susah-susah keluar ke restoran Jepun terdekat untuk merasainya.

Selamat mencuba resepi ini!

Kredit: Ummu Ashraf di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Tak Perlu Pergi Seberang, Ini Resepi Nasi Goreng Ketam Viral Ala Thai, Senang Tapi Sedap!

 

tags: | | |