Sebelum ini kita hanya biasa mendengar ayam buttermilk yang kurang pedas sahaja kan? Apa kata jom cuba masak Spicy Buttermilk Chicken pula. Rasanya pasti tidak mengecewakan, lagi-lagi buat peminat pedas. Selamat mencuba!
Jom Cuba Masak Spicy Buttermilk Chicken, Rasanya Memang Padu & Tak Muak!
Bahan-bahan:
- Ayam dada
- Tepung bestari spicy + serbuk cili
- Butter
- Bawang putih
- Daun kari
- Cili padi
- Susu cair
- Serbuk hilal (jika tiada, guna garam gula secukup rasa)
- Tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
Cara-cara:
- Celup ayam bestari ke dalam campuran tepung bestari spicy, serbuk cili dan air.
- Kemudian celup ke dalam tepung bestari spicy kering (tanpa air).
- Goreng ayam sehingga keperangan.
- Untuk kuah, cairkan butter.
- Tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari. Lebihkan daun kari dan cili padi.
- Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan susu cair, serbuk hilal dan tepung jagung.
- Lebihkan cili padi untuk lebihkan pedas.
- Selamat mencuba.
Kredit: ASH (FoodHunter) @Ashril_92