Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Resepi Ayam Masak Bawang, Hidangan Ringkas Untuk Makan Tengah Hari

Jom Cuba Resepi Ayam Masak Bawang, Hidangan Ringkas Untuk Makan Tengah Hari

Kategori: ,
RESEPI-AYAM-MASAK-BAWANG

Lauk ayam sering menjadi pilihan ramai. Sedap dan mudah untuk disediakan, ia boleh dicuba dalam pelbagai jenis masakan. Keluarga sentiasa berselera bila dapat makan lauk bersama nasi.

Namun bagi anda yang inginkan sesuatu yang baru, boleh lah cuba resepi ayam masak bawang yang mudah ini. Resepi ini telah dikongsikan oleh Mohd Rozmie di laman Facebook. Jom baca perkongsian ringkas olehnya.

Resepi Ayam Masak Bawang

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam (potong 16)
  • 12 ulas bawang merah atau bawang kecil
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 3 sudu makan serbuk kari
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • Rempah 4 sekawan
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 helai daun pandan
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos tiram (guna jenama ini)
  • Garam
  • Serbuk lada sulah
  • Lada sulah

Bahan Kisar atau Tumbuk Halus

  • 7 ulas bawang merah atau kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara Penyediaan

  1. Cuci bersih isi ayam dan lakukan perapan dengan beberapa bahan seperti garam, kunyit, serbuk kari, serbuk cili da lada sulah. Perap selama 20 hingga 30 minit. RESEPI-AYAM-MASAK-BAWANG
  2. Ambil bawang merah, bawang putih dan halia, tumbuk sehingga halus atau kisar untuk dijadikan pes. RESEPI-AYAM-MASAK-BAWANG
  3. Ambil 12 ulas bawang merah dan potong mayang. Panaskan minyak goreng dan goreng bawang yang telah dipotong mayang ini sehingga sedikit keperangan. Jangan sampai hangit pula. RESEPI-AYAM-MASAK-BAWANG
  4. Bila bawang dah sedikit keperangan, angkat dan ketepikan dahulu. RESEPI-AYAM-MASAK-BAWANG
  5. Guna minyak goreng bawang tadi, goreng ayam yang telah diperap tadi sehingga masak. RESEPI-AYAM-MASAK-BAWANG
  6. Ketepikan dulu ayam yang telah digoreng tadi. RESEPI-AYAM-MASAK-BAWANG
  7. Ambil minyak goreng tadi, tumis rempah 4 sekawan bersama daun kari dan daun pandan. Abaikan yang hitam pada kuali itu, itu kerak gorengan ayam tadi. Nanti akan sebati balik dengan kuah. RESEPI-AYAM-MASAK-BAWANG
  8. Kemudian, masukkan pes bawang dan halia tadi. Kacau sehingga sebati. RESEPI-AYAM-MASAK-BAWANG
  9. Masukkan serbuk jintan putih, jintan manis, serbuk kari dan serbuk cili. Kacau lagi. RESEPI-AYAM-MASAK-BAWANG
  10. Masukkan bahan sos. Kacau lagi bagi sebati dan pecah minyak. RESEPI-AYAM-MASAK-BAWANG
  11. Rajin kacau supaya rempah tak hangit. Jika kering, masukkan sedikit air dan kacau lagi. Nampak kering, masukkan lagi sedikit air dan kacau lagi. Lakukan begini 4 atau 5 kali ulang. RESEPI-AYAM-MASAK-BAWANG
  12. Bila rempah dah masak elok, tambahkan 2 atau 3 cawan air biar berkuah pekat, ikut citarasa masing-masing. Jangan lupa untuk perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. RESEPI-AYAM-MASAK-BAWANG
  13. Bila kuah dah perasa elok, masa ini dah boleh masukkan ayam goreng tadi dan gaul sebati. RESEPI-AYAM-MASAK-BAWANG
  14. Taburkan bawang goreng tadi dan gaul sehingga sebati.  RESEPI-AYAM-MASAK-BAWANG
  15. Siap untuk dinikmati! RESEPI-AYAM-MASAK-BAWANG

Resepi ini tampak mudah dan menyelerakan. Bagi penggemar lauk ayam, boleh lah cuba resepi ayam masak bawang ini. Sedap untuk dinikmati bersama keluarga di rumah.

Selamat mencuba.

Kredit: Mohd Rozmie

Baca Juga: Resepi Sambal Tauhu & Tempe Goreng Sayur, Baunya Pun Dah Cukup Buat Mak Mertua Terliur. Sedap Sungguh!

tags: