Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Buat Sendiri Pun Mudah, Jom Cuba Resepi Bebola Daging Pedas Mongolia! Tak Perlu Ke Ikea Dah!

Buat Sendiri Pun Mudah, Jom Cuba Resepi Bebola Daging Pedas Mongolia! Tak Perlu Ke Ikea Dah!

Kategori: ,
BEBOLA DAGING

Bebola daging antara makanan yang mudah dan sedap untuk menikmati. Rata-rata di internet terdapat pelbagai resepi untuk menyediakannya. Setiap orang juga mempunyai resepi tersendiri.

Sekarang, sudah ramai warganet berkongsi resepi bebola daging mereka tersendiri. Ada resepi yang mudah, ada yang sedikit rumit kerana penggunaan bahan yang sukar didapati dan mahal di Malaysia.

Kalau anda seorang penggemar makanan pedas dan ingin mencuba dengan bahan-bahan yang mudah didapati di Malaysia, kita akan kongsikan resepi bebola daging pedas Mongolia dari Seonkyung Longest. Yang penting anda boleh menggunakan bahan-bahan yang halal.

Resepi Bebola Daging Pedas Mongolia

Bahan-Bahan

Untuk Bebola Daging

  • Daging kisar
  • 2 sudu kecil sos kicap
  • 1 sudu besar ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/4 cawan daun bawang yang dipotong
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 biji telur
  • 1/4 sudu kecil lada hitam

Untuk Sos Pedas

  • 2 sudu besar sos kicap
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar air
  • 2 sudu besar sambal
  • 1 sudu kecil tepung jagung

Untuk Hiasan

  • Daun bawang
  • Biji Bijan

Cara-Cara

  • Panaskan oven dengan suhu 200 celcius. Di dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan untuk bebola daging dan gaulkan menggunakan tangan anda sehingga sebati.
  • Ambil 1 sudu besar campuran bebola daging dan bentukkannya. Ambil baking sheet dan lapikkan di atas baking tray anda. Letakkan bebola daging di atas baking tray tersebut. Pastikan ada ruang 1 inch untuk setiap bebola daging.
  • Bakar di dalam oven selama 12 hingga 14 minit atau sehingga bebola daging masak dengan sepenuhnya. Keluarkan dari oven.
  • Di dalam kuali cast iron (beli di sini) yang sejuk, letakkan bahan-bahan untuk sos. Kacau sehingga tepung jagung larut sepenuhnya. Sekarang, panaskan sos tersebut di atas api yang sederhana sehingga sos tersebut mendidih. Gaulkan sos sekali.
  • Apabila sos mula mendidih, perlahankan api dan letakkan bebola daging yang dimasak, toskan. Pastikan semua bebola daging disaluti dengan sos tersebut. Hiaskan dengan bahan hiasan. Nikmati!

Sangat mudah untuk disediakan, kan? Boleh la buat banyak-banyak, dinikmati dekat rumah bersama keluarga pun sangat best!

Jom cuba dan jangan lupa kongsikan kepada kawan-kawan untuk mencubanya.

Kredit: Seonkyung Longest

Baca Juga: Bebola Begedil Ayam Yang Laku Keras, Sekali Hidang Terus Licin. Ini Resepi Lengkap Membuatnya!

 

tags: |