Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Bosan Dengan Goreng Kunyit? Jom Cuba Resepi Daging Kicap Black Pepper Pula. Dijamin Lebih Sedap & Puas Hati

Bosan Dengan Goreng Kunyit? Jom Cuba Resepi Daging Kicap Black Pepper Pula. Dijamin Lebih Sedap & Puas Hati

Kategori: ,
RESEPI DAGING KICAP BLACK PEPPER

Daging goreng kunyit merupakan lauk daging yang paling mudah untuk disediakan. Rasa kunyit dan garam itu sudah mampu menyerlahkan kesedapan daging.

Bagi anda yang mahukan sesuatu yang baharu dan sedikit kepedasan, bolehlah cuba resepi daging kicap black pepper. Mempunyai rasa yang pedas, manis dan masin, lauk ini pasti memikat selera.

Resepi Daging Kicap Black Pepper

Bahan-Bahan

  • 1 kilo daging
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dipotong macam batang mancis)
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Kunyit
  • Kicap
  • 1/2 kiub Knorr
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa (guna jenama ini)
  • 1/2 biji bawang holland
  • Daun kari
  • Cabai hijau (dibelah dua dan dibuang bijinya)

Cara Penyediaan

  1. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar.
  2. Dah naik bau boleh masukkan daging.
  3. Goreng daging seketika bersama halia dan kunyit.
  4. Kemudian, masukkan sedikit air untuk melembutkan daging.
  5. Tutup dengan tudung periuk untuk mempercepatkan proses melembutkan daging.
  6. Setelah daging lembut dan air berkurangan, masukkan kicap, kiub Knorr, lada hitam, sedikit gula, garam, dan perasa secukupnya.
  7. Masak sehingga kuah pekat.
  8. Kemudian, taburkan bawang holland, cabai dan daun kari.
  9. Kacau seketika dan padamkan api.
  10. Siap untuk dihidang dan dinikmati. RESEPI DAGING KICAP BLACK PEPPER

Nampak mudah sahaja untuk menyediakannya, kan? Bagi anda yang gemar dengan lauk daging dan mahukan rasa kepedasan yang tidak terlalu berlebihan, bolehlah cuba resepi daging kicap black pepper ini. Dijamin enak dan memikat selera.

Selemat mencuba resepi mudah ini.

Kredit: Siti Hajar Muhamad via Menu Kampung

Baca Juga: Resepi Daging Harimau Menangis, Memang Terangkat Habis!

tags: |