Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nak Breakfast Yang Mudah? Jom Cuba Resepi Lempeng Kelapa Yang Enak, Teringat Pula Dekat Emak

Nak Breakfast Yang Mudah? Jom Cuba Resepi Lempeng Kelapa Yang Enak, Teringat Pula Dekat Emak

Kategori: ,
LEMPENG KELAPA

Lempeng kelapa merupakan antara hidangan tradisional yang mempunyai banyak erti bagi sesetengah orang, terutamanya mereka yang membesar di kampung. Bila menyediakan hidangan ini, mesti akan teringat pada ibu-ibu yang gemar memasaknya untuk disuap pada anak-anak.

Kini, ia kian dilupakan oleh arus pemodenan. Nampak ringkas tapi ianya tetap enak. Bagi anda yang tercari resepi yang mudah dan ingin mengenangkan kenangan manis ketika bersama keluarga di kampung, boleh lah mencuba resepi lempeng kelapa ini. Jom baca perkongsian oleh Nilam Sari Kitchen.

Resepi Lempeng Kelapa Dan Sambal Tumis

Bahan-Bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan kelapa muda parut
  • 1/4 cawan santan
  • 1 cawan air kelapa atau air biasa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak

Cara Penyediaan

  1. Satukan semua bahan dalam mangkuk.
  2. Kacau hingga rata, tambahkan air kalau perlu dan rehatkan adunan sekejap.
  3. Panaskan non-stick pan. Kemudian, sapukan dengan sedikit minyak masak.
  4. Sendukkan 1/3 cawan adunan dan ratakan. Masak diatas api yang sederhana.
  5. Terbalikkan lempeng dan masak lagi hingga sedikit garing. Angkat.
  6. Siap untuk dinikmati.

LEMPENG KELAPA LEMPENG KELAPA LEMPENG KELAPALEMPENG KELAPA Mudahnya nak sediakan lempeng kelapa ini, kan? Dengan beberapa bahan sahaja dah menjadi. Lempeng kelapa ini sangat enak dimakan dengan begitu sahaja, tapi ramai yang gemar menikmatinya bersama beberapa pencicah seperti sambal tumis, kari ayam, gula dan banyak lagi. Mana satu pencicah pilihan anda?

Selamat mencuba resepi mudah ini.

Kredit: Nilam Sari Kitchen

Baca Juga: Resepi Roti Pisang Rangup Sedap Yang Amat! Sesuai Buat Untuk Sarapan Pagi

tags: