Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ingin Diet & Sihat? Jom Cuba Resepi Telur Stim Mudah Ini. Boleh Tambah Pelbagai Bahan Untuk Menyedapkannya

Ingin Diet & Sihat? Jom Cuba Resepi Telur Stim Mudah Ini. Boleh Tambah Pelbagai Bahan Untuk Menyedapkannya

Kategori: ,
TELUR STIM

Bila ingin berdiet, ramai yang memilih untuk menggantikan lauk-pauk mereka dengan sebiji telur. Tinggi dengan protein dan membekalkan tenaga yang diperlukan, ianya enak dimasak pelbagai cara.

Walaupun sihat, cara masakan juga amat penting. Tak perlu digoreng dengan minyak yang berlebihan, anda perlu cuba resepi telur stim ini. Ianya lebih sihat dan bagus untuk kesihatan.

Resepi Telur Stim

Bahan-Bahan

  • 2 biji telur
  • Udang kering
  • Bawang merah atau bawang putih (dicincang)
  • 3 sudu air
  • Garam
  • Ajinomoto secukup rasa (dapatkan di sini)
  • Daun bawang (untuk hiasan)

TELUR STIM

Cara Penyediaan

  1. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul.
  2. Selepas itu, tambahkan 3 sudu air, garam, ajinomoto secukup rasa dan kacau sehingga larut.
  3. Goreng bawang dengan udang kering bersama sedikit minyak sehingga garing. Kemudian, campurkan bawang dan udang kering yang sudah digoreng dalam mangkuk telur tadi dan kacau.
  4. Kemudian, stim telur tadi selama 10 hingga 15 minit.
  5. Hiaskan dengan daun bawang. Siap untuk dinikmati.

Nota: Kalau mahu gandakan telur, perlu gandakan airnya sekali. TELUR STIMTELUR STIM

Resepi ini mudah sahaja, kan? Bagi anda yang mementingkan kesihatan dan ingin melakukan diet, bolehlah cuba telur stim. Malah, pelbagai bahan boleh ditambah mengikut citarasa masing-masing.

Hidangan ini juga terkenal di restoran Cina dan Jepun kerana ianya tidak menggunakan minyak atau digoreng. Anak-anak kecil juga boleh menikmatinya.

Kredit: Sze Pin via MAHN

Baca Juga: Ini Resepi Kerabu Kaki Ayam Yang Sedap, Cukup Rasa & Pasti Ketagih Bila Dicuba

tags: