Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Musim Durian Dah Tiba! Jom Kita Belajar Cara Buat Cekodok Durian, Enak Makan Panas-Panas

Musim Durian Dah Tiba! Jom Kita Belajar Cara Buat Cekodok Durian, Enak Makan Panas-Panas

Kategori: ,
CEKODOK DURIAN

Musim Durian selalu dinantikan bagi penggemar buah itu. Ketika ini, ramai yang berebut-rebut untuk mendapatkannya dengan harga yang murah. Malah kalau dilihat di merata jalan raya, ramai yang menjualnya.

Walaupun buah tersebut enak dimakan dengan begitu sahaja, terdapat beberapa resepi durian yang boleh dicuba. Antara yang paling mudah adalah resepi cekodok durian yang sesuai dijadikan menu minum petang. Nak tahu? Jom kami kongsikan resepi yang telah diolah oleh Nikisyaron Nikiysa di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Musim Durian Dah Tiba! Jom Kita Belajar Cara Buat Cekodok Durian, Enak Makan Panas-Panas

Bahan-bahan

  • Isi durian (dibuang biji) – kalau malas kupas kulit, dapatkan di sini 
  • Tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 1 sudu makan gula
  • Air sejuk CEKODOK DURIAN

Cara penyediaan

  1. Campurkan tepung, gula dan garam. Gaul sehingga rata. CEKODOK DURIAN
  2. Tambahkan air sejuk dan gaul adunan itu sehingga sebati. CEKODOK DURIAN
  3. Kemudian, letakkan isi durian dan gaul. Pastikan semuanya sebati. CEKODOK DURIAN
  4. Ambil penutup dan tutup adunan itu. Perap dalam masa satu jam. Ketika ini, minyak buah akan sebati. CEKODOK DURIAN
  5. Setelah itu, panaskan minyak dalam kuali. Pastikan ia betul-betul panas. CEKODOK DURIAN
  6. Letakkan adunan dalam minyak dan goreng sehingga keperangan.  CEKODOK DURIAN
  7. Angkat dan toskan minyak, sedia untuk dinikmati. CEKODOK DURIAN CEKODOK DURIAN CEKODOK DURIAN

Memang mudah sahaja resepi ini, kan? Bagi anda yang teringin untuk cuba, bolehlah merujuk padanya. Ketika musim durian ini, ia sesuai dicuba. Rasa cucur durian ini tak terlalu manis, tak terlalu masin. Cukup sahaja rasanya!

Selamat mencuba resepi ini.

Kredit: Nikisyaron Nikiysa di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Ini Cara Buat Croissant Custard Puding, Rasanya Sangat Unik. Korang Wajib Cuba Tau!

tags: | | |