Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nasi Semalam Tak Habis? Jom Gunakan Untuk Menyediakan Nasi Goreng Ikan Lada Hitam

Nasi Semalam Tak Habis? Jom Gunakan Untuk Menyediakan Nasi Goreng Ikan Lada Hitam

Kategori: ,
NASI GORENG IKAN LADA HITAM

Bila menyediakan nasi, pasti ada lebihan yang tak dapat dihabiskan. Dari dibuang, seeloknya kita menggunakannya sebaik mungkin. Selain dipanaskan untuk dimakan esok, anda juga boleh menggunakannya untuk menyediakan nasi goreng.

Nasi goreng juga lebih enak jika menggunakan nasi semalam. Ringkas untuk disediakan, pelbagai bahan boleh ditambahkan untuk menyedapkannya. Bagi penggemar nasi goreng, bolehlah cuba resepi nasi goreng ikan lada hitam ini.

Resepi Nasi Goreng Ikan Lada Hitam

Bahan-Bahan

  • 2 mangkuk nasi (boleh guna nasi semalam yang belum basi)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu lada hitam
  • Sedikit kunyit hidup
  • 5 biji cili padi
  • 2 ekor ikan goreng
  • Timun batang
  • Sedikit garam
  • Gula secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit hidup dan lada hitam.
  2. Tumiskan semua bahan sehingga naik bau.
  3. Boleh masukkan nasi, isi ikan yang sudah dihancurkan, garam dan gula secukup rasa.
  4. Gaul sehingga rata dan bagi nasi hangit-hangit sedikit, baru sedap.
  5. Bila sudah ingin hidang, masukkan hirisan timun betang.
  6. Siap untuk dimakan bersama keropok keping.

NASI GORENG IKAN LADA HITAM NASI GORENG IKAN LADA HITAM

Bagi anda yang mahukan hidangan sarapan pagi dan makan malam yang ringkas, bolehlah cuba resepi nasi goreng ikan lada hitam ini. Dijamin berpuas hati dan akan memikat selera sesiapa pun. Malah, ianya juga sesuai bagi mereka yang tidak berapa gemar dengan makanan pedas dan nasi goreng cili padi.

Selamat mencuba resepi mudah ini.

Kredit: Cik Puan Suhaila Ismail via Masakan Terengganu

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Resepi ‘Rahsia’ Pulut Kuning Kelantan Yang Super Sedap. Semua Rasa Cukup!

tags: |