Kan nikmat sangat kalau sambil sambil kita tengah layan cerita atau drama di rumah, boleh menikmati popia milo yang ranggup dan manis?
Anda tak perlu susah-susah keluar rumah untuk beli popia milo. Buat sendiri pun dah puas hati dengan bahan yang ringkas. Jom kita baca perkongsian resepi dari seorang pengguna Facebook.
1. Ambil sekeping kulit popia, selepas itu gulung kulit popia kosong dan gamkan dengan telur di hujung. Agak-agak saiznya sebesar pen.
2. Bila dah siap gulung semua popia, gunting menyerong anggaran 1/2cm.
3. Selepas itu goreng popia, toskan dan letak dalam bekas. Masukkan serbuk milo, tutup bekas dan goyang bekas itu untuk bagi milo dekat dalam itu coating sekata.
Tips: Untuk anda yang minat dengan kopi, boleh lah campurkan dengan sedikit serbuk Nescafe.
Tak susah pun nak sediakan snek sendiri dekat rumah, kan? Cuma beberapa bahan yang mudah didapati dan dah siap popia milo anda. Buat banyak, nikmatinya masa movie night nanti dengan keluarga.
Selamat mencuba dan jangan lupa share pada kawan-kawan anda.
Kredit: Afifah Che Min
Baca Juga: Ini Dia Cara Buat Popia Coklat VIRAL Guna 3 Bahan, Mudah Sangat!