Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Jual Air Milo Kotak Di Tepi Jalan Lepas Kehilangan Suami, Kisah Hidup Mak Cik Ini Buat Netizen Sebak

Jual Air Milo Kotak Di Tepi Jalan Lepas Kehilangan Suami, Kisah Hidup Mak Cik Ini Buat Netizen Sebak

Kategori:
Jual Air Milo Kotak Di Tepi Jalan

Kehidupan ini tak semuanya indah. Ketika kita sedang hidup senang dan selesa, sudah pasti masih ramai di luar sana yang sedang bergelut dengan pelbagai cabaran.

Ujian dan dugaan juga datang tanpa mengira usia seseorang itu. Walaupun perit dan berat bahu untuk menghadapinya, ia perlu dilakukan demi meneruskan kehidupan.

Jual Air Milo Kotak Di Tepi Jalan Lepas Kehilangan Suami, Kisah Hidup Mak Cik Ini Buat Netizen Sebak

Seperti yang telah dikongsikan oleh sebuah akaun TikTok, b.fastoree2 yang telah menemui seorang warga emas di tepi jalan raya sedang menjual minuman Milo kotak.

Berada dalam perjalanan, wanita itu dan rakan-rakannya melihat seorang mak cik yang kepenatan sehingga tertidur di tepi jalan raya. Berasa kasihan, mereka menghampirinya untuk bertanya khabar. Jual Air Milo Kotak Di Tepi Jalan

Warga emas itu menerima kunjungan mereka dengan baik dan bila ditanya, dia tidak keberatan untuk bercerita kisah penat lelahnya mencari rezeki selepas kehilangan suami.

Ceritanya dalam keadaan yang sebak, dia telah lama kehilangan suami dan tiap kali berbual tentang mendiang, dia akan terus menangis kerana terlalu rindukannya. Jual Air Milo Kotak Di Tepi Jalan

Sambungnya lagi, dia juga terpaksa berjalan kaki pada tiap-tiap hari untuk menjual di kawasan itu demi mencari sesuap nasi. Bersimpati atas nasibnya, wanita itu dan rakannya terus menempah sebuah kereta melalui aplikasi Grab bagi menghantarnya pulang.

Bila dilihat waktu perjalanan untuk ke rumahnya, hati mereka semakin sayu kerana tidak menyangka bahawa perjalanan ke rumahnya begitu jauh dari tempat jualan. Jual Air Milo Kotak Di Tepi Jalan

Tambahan pula, ada beberapa hari di mana dia juga terpaksa patah balik ke rumah untuk menunaikan solat dan pulang semula untuk menjual air kotak Milo di jalan raya itu. Jual Air Milo Kotak Di Tepi Jalan

Penat menaiki tangga untuk menuju ke kediaman warga emas itu, mereka juga tidak dapat bayangkan bagaimana mak cik itu begitu kuat naik dan turun tangga tiap hari demi mencari rezeki.

https://www.tiktok.com/@b.fastoree2/video/7167336721523215642?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@b.fastoree2 Inshallah ada rezeki kita jumpa lagi ye makcik . Doakan semua ” Ya Allah Semoga makcik sihat selalu, diperluaskan rezeki dan dipermudahkan segala urusan . Aminn #fyp ♬ original sound – B.FASTOREE

Selesai menghantarnya pulang, mereka terus bersalam dengan warga emas itu sambil mendoakan kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah untuknya.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai yang melihat keadaan mak cik itu turut berasa bersimpati mengenangkan nasibnya. Ada juga yang berniat ingin membantunya.

“Kat mana mak cik ni? Kalau saya, ajak duduk dengan saya. Agak-agak dia nak tak? Saya tunggal, mak saya dah tak ada. Saya nak jaga dia.”, luah seorang pengguna.

Kenangkan Nasib Warga Emas Itu, Ramai Nekad Mahu Bantu  Jual Air Milo Kotak Di Tepi Jalan

Kasihan pula bila melihat nasib dan ujian yang perlu dihadapi mak cik ini. Cuba bayangkan jika ibu bapa kita juga ditimpa nasib yang sebegini, pasti hati kita juga akan rasa sayu.

Semoga rezeki dan urusan harian mak cik ini akan dipermudahkan selepas ini dan ada pihak yang prihatin mahu menghulurkan bantuan.

Kredit: b.fastoree2

Baca Juga: “Ini Yang Kita Mahu”, Kedai Makan Melayu Tapi Kebanyakan Pelanggan Cina, Rahsia Kedai Ini Jadi Tumpuan Ramai..

 

tags: | | | |