Isu kenaikan harga barangan keperluan seperti telur, tepung, minyak masak dan sebagainya mencetus perasaan panik di kalangan rakyat Malaysia. Perkara itu membuat ramai berasa terbeban dan mengharapkan solusi.
Antara mereka yang terkesan adalah golongan peniaga yang tersempit dan akhirnya terpaksa menaikkan harga barangan yang dijual. Tindakan itu membuat segelintir pelanggan berasa tidak berpuas hati tapi ia terpaksa dilakukan demi menampung kos perniagaan.
Namun, masih ada peniaga di luar sana yang mengekalkan harga yang rendah walaupun terbeban dengan keadaan semasa. Peniaga ini antara mereka yang berbuat begitu.
Terbaharu, seorang wanita kaknisssss yang sedang bersiar-siar di sekitar bandar Kuala Terengganu bertemu dengan seorang peniaga yang sangat pemurah. Kisah itu dikongsikan di laman TikTok.
Memandangkan hari sudah gelap, wanita itu mencari makanan untuk mengisi perutnya yang kosong. Melihat seorang peniaga kecil yang menjual dari motornya di hadapan Maybank Bandar Terengganu, dia berhenti untuk membeli jualannya.
Teruja melihat begitu banyak donat yang dijual, dia berminat untuk membeli dan bertanya mengenai harganya. Peniaga itu memberitahu bahawa dia menjual donat 10 sen sebutir.
Terkejut dengan harga yang murah itu, dia terus membeli donat dari peniaga itu. Tambahnya, bukan sahaja harganya yang murah tapi donat itu juga gebu sampai berebut semasa makan.
Tak cukup dengan itu, sikap peniaga tersebut juga sangat ramah dan membuatnya mengajak orang ramai untuk sama-sama memberi sokongan pada peniaga itu.
@kaknisssss Jom Support abang donut seposen🤤 #fyp #abangdonut #foryou #foryourpage #maybank #terengganu #masukberandafypp #kuasaviraltiktok #fypシ
@kaknisssss Jom Support abang donut seposen🤤 #fyp #abangdonut #foryou #foryourpage #maybank #terengganu #masukberandafypp #kuasaviraltiktok #fypシ ♬ Yasir Lana – Ai Khodijah
Menjengah di ruangan komen, orang ramai yang melihat perkongsian video itu berasa sangat terharu dengan tindakan wanita itu yang tidak keberatan untuk bantu viralkan jualan peniaga tersebut.
Tambahan pula, isteri pada peniaga itu turut hadir dan berterima kasih kerana baik hati dan ingin membantu suaminya.
Walaupun mungkin tersempit dengan keadaan terkini, peniaga ini tetap menjual donatnya dengan harga yang rendah. Hal itu tentu dapat meringankan beban pembeli juga yang tidak mempunyai wang yang banyak untuk membeli makanan.
Bagi anda yang berada di Terengganu, apa kata tunjukkan sokongan pada peniaga itu dengan membeli darinya? Murah dan sangat berbaloi! Semoga peniaga itu terus dimurahkan rezeki.
Kredit: kaknisssss