Keadaan ekonomi yang mencabar dan kesempitan hidup segelintir individu memaksa mereka bekerja keras dalam mencari rezeki. Demi meneruskan kehidupan dan menyara keluarga, ada yang terpaksa meniaga tanpa mengira waktu atau cuaca.
Hal tersebut membuat ramai berasa bersimpati. Memulakan perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah dan seuntung yang disangka. Ada juga yang hanya mendapat pulangan yang kecil, cukup-cukup sahaja untuk membeli sesuap nasi.
Terbaru, seorang wanita berasa sebak setelah membeli sebekas bahulu dengan harga RM5 dari seorang peniaga yang sudah berusia. Berkongsi di TikTok menerusi akaunnya, cuirasu, wanita itu berasa sedih kerana peniaga itu mengingatkannya pada arwah ayahnya.
Menurutnya, bahulu yang dijual oleh pakcik itu telah dibeli dari pasaraya Speedmart dan dijual olehnya dengan harga RM5. Walaupun dengan untung 20 sen sahaja, pakcik tersebut akan sentiasa meniaga setiap hari di seberang Petron Bukit Beruntung, Selangor.
Keadaan pakcik tersebut turut membuat wanita itu berasa insaf dan munasabah diri. Tambahnya, dia memohon pada orang ramai untuk menyokong perniagaan pakcik tersebut dan sama-sama mendoakannya.
@cuirasu YaAllah teringat dekat Arwah Abah. Semoga Allah melimpah ruahkan rezeki Pakcik nie. Tolong la korang belajar bersyukur & pleasee tolong pakcik nie. 😢 #fyp
@cuirasu YaAllah teringat dekat Arwah Abah. Semoga Allah melimpah ruahkan rezeki Pakcik nie. Tolong la korang belajar bersyukur & pleasee tolong pakcik nie. 😢 #fyp ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar
Menjengah di ruangan komen, warganet turut berasa sebak melihat keadaan pakcik tersebut yang meniaga dengan untung yang sangat kecil. Ada juga yang berasa sebak kerana tidak mampu menolongnya.
Malah ada juga yang kenal dengan lelaki warga emas itu dan tahu mengenai kesempitan yang dialaminya. Bukan orang yang senang, dia meniaga demi mencari rezeki. Kadang-kadang ada juga yang cuba untuk bantunya.
Keadaan pakcik itu membuat ramai berasa sebak dan sedih bila memikirkan kesusahan yang perlu dihadapi olehnya. Tak mengambil untung yang banyak, dia meniaga walaupun dengan untung 20 sen sahaja. Jika bertemu dengannya, apa salahnya anda hulurkan sedikit bantuan padanya. Semoga pakcik itu terus dimurahkan rezeki.
Kredit: TikTok cuirasu