Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Datang Lotus Naik Grab Untuk Jual Kuih, Tak Boleh Makan Sebelum Habis Jualan. Tindakan Wanita Ini Buat Ramai Sebak..

Datang Lotus Naik Grab Untuk Jual Kuih, Tak Boleh Makan Sebelum Habis Jualan. Tindakan Wanita Ini Buat Ramai Sebak..

Kategori:
wanita

Setiap manusia dikurniakan hati dan perasaan. Apatah lagi perasaan seorang wanita yang bukan sahaja lebih lembut dari lelaki namun dia juga mempunyai naluri keibuan.

Wanita mana yang tidak luluh hatinya apabila melihat anak kecil yang perlu mencari rezeki demi sesuap nasi. Bak kata pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Begitulah juga dengan dua kanak-kanak yang dilihat sedang berniaga kuih-muih di hadapan sebuah pasar raya.

Datang Lotus Naik Grab Untuk Jual Kuih, Tak Boleh Makan Sebelum Habis Jualan. Tindakan Wanita Ini Buat Ramai Sebak..

wanita

Menerusi video seorang pengguna tiktok, fnabihaa yang baru sahaja selesai membeli waffle tiba-tiba ternampak dua beradik yang sedang menjual kuih.

Dalam bakul kuih ada banyak lagi, tapi jam dah pukul 9:30” kata Nabiha yang luluh hatinya melihat mereka berdua duduk bersila di atas lantai sambil menunggu pelanggan.

Menurut Nabiha, dia telah memberikan wang RM5 kepada dua beradik ini. Namun, semasa dia sedang menunggu makanan di Food Court, dia tidak sampai hati melihat mereka berdua. Nabila kemudiannya berpatah balik dan mengajak mereka untuk makan bersamanya.

“Kitaorang nak kena habiskan dulu kuih ni baru boleh makan..” Mereka menolak pelawaan Nabiha secara baik

Nabiha terus bertanya tentang bilangan kuih yang tinggal kerana dia berhasrat untuk memborong semua kuih mereka. Dia kemudiannya menunggu dua beradik itu mengira baki kuih sebelum membayarnya.

Tanpa berfikir panjang, Nabiha terus menghulurkan dua keping wang kertas berjumlah RM 200 kepada mereka.

wanita

“Betulke ni 200 ?” Tangan salah seorang dari mereka terketar-ketar menerima duit tersebut dan bakinya untuk bayar grab mereka balik nanti. Apa yang lebih menyedihkan, mereka hanya ingin makan makanan yang murah-murah sahaja.

Nabiha terus mengajak mereka makan di Food Court dan mereka kelihatan sangat gembira kerana kuih yang dibuat ibu mereka telah habis.

@fnabihaa

Korang kalau jumpa adik ni tolong la dia tau 🥺 walaupun tak mampu beli banyak, atlest huluran sedikit pun takpa 🥺 sedih sangat tak tahu kenapa. Allah hadirkan adik ni mesti ada sebab 🥺 #lotuscheras #lotuscherastamanmidah #kuih #fyp at

♬ Menghitung Hari – Jaya Suprana

@fnabihaa Korang kalau jumpa adik ni tolong la dia tau 🥺 walaupun tak mampu beli banyak, atlest huluran sedikit pun takpa 🥺 sedih sangat tak tahu kenapa. Allah hadirkan adik ni mesti ada sebab 🥺 #lotuscheras #lotuscherastamanmidah #kuih #fyp ♬ Menghitung Hari – Jaya Suprana

Rata-rata netizen sangat terharu dengan perbuatan Nabiha dan memujinya

 

wanita

Menerusi perkongsian ini, kita dapat pelajari bahawa ada hak orang lain dalam rezeki kita. Dengan berkongsi, kita pastinya akan merasa lebih tenang dan dapat memberi ketenangan kepada orang lain juga.

Jangan berfikir bahawa rezeki kita tidak akan cukup, sebaliknya bersangka baiklah dengan Allah kerana pastinya Dia akan memberikan ganjaran yang setimpal dengan kelakuan kita.

Sumber: fnabihaa

Baca juga: Tak Mampu Beli Kuih Yang Adik Ini Jual Kerana Alergik, Lelaki Ini Terharu Bila Ibunya..

tags: | |