Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » none » Jual Lebih 100 Juadah Kuih Muih Dengan RM1, Ramai Kagum Dengan Jualan Peniaga Ini

Jual Lebih 100 Juadah Kuih Muih Dengan RM1, Ramai Kagum Dengan Jualan Peniaga Ini

Kategori:
kuih muih dengan RM1

Kenaikan harga barang semasa mendorong seorang peniaga mengusahakan gerai sarapan dengan menjual kesemua juadah pada harga RM1.

Anuar Hamzah, 55, Kampung Manir, dekat sini berkata, dia menjalankan perniagaan itu di hadapan Masjid Al-Iklas Kampung Banggol Tuan Muda, dekat sini, sejak tahun lalu.

Jual Lebih 100 Juadah Kuih Muih Dengan RM1, Ramai Kagum Dengan Jualan Peniaga Ini

Menurutnya, seawal jam 6.30 pagi dia sudah membuka gerainya dan menawarkan lebih 100 jenis juadah antaranya kuih-muih, pelbagai nasi dan air yang siap dibungkus pada harga RM1.

Katanya, idea menjual sarapan pada harga RM1 timbul selepas melihat peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat setiap tahun.

tags: | |