Memulakan sebuah perniagaan bukanlah hal yang mudah. Di titip permulaan, setiap peniaga akan diuji dengan pelbagai cabaran sehingga boleh membuat mereka berasa lemah dan putus semangat.
Namun, harus kita ingati bahawa setiap kejayaan dan rezeki tidak datang dengan bergolek. Dari mencari perkara negatif dalam setiap cabaran dan dugaan yang dihadapi, seeloknya kita cuba ambil yang positif dan cuba membaiki kelemahan diri.
Perkara itulah yang dilakukan oleh seorang peniaga Nasi Lemak kecilan atok_kacak99, yang baru sahaja ingin mula meniaga. Dengan hanya modal yang kecil, dia memilih untuk membuka sebuah khemah dan menjual Nasi Lemak di tepi jalan raya yang sibuk.
Baru sahaja mula meniaga, dia terlampau teruja sehingga lekas membuka khemah selepas selesai sahaja dengan solat Subuh. Sabar menanti pelanggan selama 4 jam, akhirnya ada yang sudi berhenti untuk membeli Nasi Lemaknya.
Walaupun begitu, dia terpaksa menutup kedai awal gara-gara cuaca yang panas boleh mengakibatkan nasi dalam balang cepat rosak. Meskipun sambutan tidak begitu hebat, dia redha dan bersyukur dengan rezeki yang diperolehi.
Kerana tidak mahu membazir juga, dia terus membungkus Nasi Lemak lebihan untuk disedekahkan kepada masjid yang berhampiran memandangkan kelas mengaji Al-Quran sedang berlangsung ketika itu.
Tambahan, peniaga tersebut turut memohon pada orang ramai untuk terus mendoakannya agar rezeki dan urusannya terus dipermudahkan.
@dreamaboutyou83 Bkn senang nk senang kan.. aku cuba😮💨😮💨#nasilemakayamberempah #galleyatok#fypシ゚viral
@atok_kacak99 Bkn senang nk senang kan.. aku cuba😮💨😮💨#nasilemakayamberempah #galleyatok#fypシ゚viral ♬ Di Luar Kemampuanku – Ukays
Dalam video yang berasingan pula, sukacita dikongsikan bahawa perniagaan Nasi Lemaknya mula menerima sambutan dan makin ramai pelanggan yang membeli darinya.
Dia turut berterima kasih pada orang ramai, terutamanya rakan-rakan media sosial yang tidak putus-putus memberi nasihat, tunjuk ajar, pandangan dan tip-tip untuk berniaga.
Dalam meniaga adakalanya kita akan rugi dan walaupun perkara itu amat mengecewakan, tapi janganlah kita cepat putus semangat dan menyalahkan diri dan takdir. Teruskan usaha dan baiki apa yang perlu.
Kredit: atok_kacak99
Baca Juga: Pelanggan Sanggup Datang Dari Jauh Untuk Cuba Aiskrim Buat Peniaga Rasa Sangat Terharu