Tarian kesenian tradisional yang makin dilupakan oleh generasi muda pada masa kini mencerminkan tantangan dalam melestarikan warisan budaya.
Banyak generasi muda kini lebih tertarik pada hal-hal yang bersifat moden dan mengikuti tren terkini.
Lain pula kisah dengan anak muda di Johor ini.
Seperti video yang tular di media sosial baru-baru ini, Team Pau Premium Abang Manis yang terdiri daripada anak seni budaya Negeri Johor berusaha untuk memartabatkan tarian-tarian kesenian tersebut.
Mempromosikan jualan pau pelbagai bentuk seiring dengan intinya yang sedap, ramai yang tertarik melihat cara unik berkenaan.
@paupremiumabangmanis Selain dari menjual Pau pelbagai bentuk seiring dgn intinya yg sedap, kami semua team PAU PREMIUM ABANG MANIS adalah anak seni budaya negeri Johor.. Selain dari membeli, kami juga berusaha memartabatkan tarian2 kesenian yg ada di negeri Johor.. Sesiapa nk tgk persembahan kami, boleh hadir ke booth kami yg bertapak di Zon D, Khemah No 20 di FESTIVAL LAYANG-LAYANG PASIR GUDANG ya.. 😊🥰 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #johor #johorbahru #johorfood #paupremiumabangmanis #festivallayanglayang2024 #johordarultakzim #pasirgudang #zapinmelayu
Suka dan bangga tengok anak anak muda berwawasan macam ni…congrats!!!”
“Bagusnya..marketing promo dgn tarian zapin…viral dah dik goodjoob…moga rezeki bertambah2 hendaknya org johor hadir”
Melalui kisah ini, penjual perlu kreatif dalam mempromosikan jualan mereka supaya dapat menarik lebih ramai pembeli.
Sumber: Pau Premium Abang Manis