Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home Β» Berita Β» Jumpa Benda Tajam, Lelaki Ini Terus Hilang Selera Nak Makan Nasi Kandar Di Kedai Mamak

Jumpa Benda Tajam, Lelaki Ini Terus Hilang Selera Nak Makan Nasi Kandar Di Kedai Mamak

Kategori:
JUMPA BENDA TAJAM

Restoran Mamak sering menjadi tumpuan orang ramai. Beroperasi sepenuh hari, ia juga menyediakan hidangan kegemaran ramai rakyat Malaysia iaitu Nasi Kandar. Dengan portion yang banyak serta pelbagai jenis kari dan lauk yang boleh pilih, tak hairanlah mengapa ramai yang terliur bila sebut sahaja mengenainya.

Namun sebelum makan, pastikan anda berhati-hati dan memeriksa makanan yang dipesan. Ini kerana ada beberapa peniaga yang lalai sehingga lupa untuk memastikan makanan pelanggan selamat untuk dimakan.

Jumpa Benda Tajam, Lelaki Ini Terus Hilang Selera Nak Makan Nasi Kandar Di Kedai Mamak

Terbaharu, helmi_juhari telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi peristiwa malang yang telah menimpa ke atas seorang kawannya ketika makan di sebuah kedai mamak.

Gara-gara teringin, mereka telah ke sana beramai-ramai untuk menikmati hidangan nasi kandar yang ada. Setelah memesannya, mereka teruja bila ia sampai. Rasa seperti tak sabar pula nak makan. JUMPA BENDA TAJAM

Tapi bila seorang kawan perempuannya sedang mencubit kulit ayam goreng, dia menyedari ada sesuatu yang aneh terlekat di situ. Meneliti dan menyentuhnya, ada sesuatu yang tajam telah terpaut pada kulit ayam. JUMPA BENDA TAJAM

Rupa-rupanya ia adalah dawai besi yang sangat tajam. Kalau termakan, sudah tentu mulut akan luka. Melihat perkara itu, mereka berasa geli pula untuk menghabiskan makanan yang telah dipesan.

@helmi_juhari Kalau telan ni, boleh berdarah trachea. Bahaya siot 😭. #nasikandaqberatur #nasikandaq #nasikandar #gelitekak ♬ 原聲 – fongyingchoong

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut terkejut dengan penemuan itu. Menurut seorang pengguna yang dikenali sebagai NAZ, hal sebegini membuat dia berasa takut untuk menjejakkan kaki di mana-mana kedai mamak di seluruh negara.

Manakala pengguna Hafiz Lat berasa sangat ngeri melihat perkara itu. Ini mungkin kerana dia telah terbayang apa yang akan berlaku jika wanita itu tidak menyedari perkara tersebut.

Bahaya Dimakan, Ramai Berasa Ngeri JUMPA BENDA TAJAM

Walaupun teruja untuk makan, pastikan anda berhati-hati sebelum makan. Periksa dengan penuh teliti terlebih dahulu, takut nanti ada benda yang merbahaya. Kalau termakan, kesian pula dekat diri sendiri. Jadi beringatlah ya!

Kredit: helmi_juhari

Baca Juga: β€œCari Penyakit..” – Meja & Kerusi Kedai Makan Hanyut Gara-Gara Air Pasang, Ramai Yang Kecewa Dengan Peniaga

tags: | |