Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ingat Laki Je?”, Kafe Sebuah Kolej Kena ‘Conquer’ Dengan Perempuan, Gara-Gara Episod Akhir Drama 7 Hari Mencintaiku 3!

“Ingat Laki Je?”, Kafe Sebuah Kolej Kena ‘Conquer’ Dengan Perempuan, Gara-Gara Episod Akhir Drama 7 Hari Mencintaiku 3!

Kategori:
7 HARI MENCINTAIKU 3

Drama bersiri 7 Hari Mencintaiku telah mendapat sambutan yang begitu menakjubkan. Dengan gandingan pelakon yang hebat-hebat seperti Syukhri Yahya, Siti Saleha, Liza Abdullah dan banyak lagi, ia telah ditayangkan menerusi Slot Akasia, TV 3.

Memandangkan semalam merupakan episod terakhir bagi drama tersebut, penonton setia tidak melepaskan peluang untuk mengetahui kisah pengakhiran buat cinta Mia (Siti Saleha) dan Khuzairi (Syukri Yahya) yang sekali lagi diuji.

Kafe Sebuah Kolej Kena ‘Conquer’ Dengan Perempuan, Gara-Gara Episod Akhir Drama 7 Hari Mencintaiku 3!

Terbaharu, seorang wanita telah ke kafe kolejnya yang berhampiran untuk membeli makanan sambil ingin menonton episod terakhir drama 7 Hari Mencintaiku 3 yang telah ditayangkan menerusi kaca televisyen kafe tersebut.

Namun apabila tiba, dia berasa terkejut apabila mendapati kafe tersebut telah dipenuhi dengan begitu ramai pelajar wanita yang lain. 7 HARI MENCINTAIKU 3

Memandangkan begitu ramai, hingga dua buah televisyen diperlukan untuk menayangkan drama tersebut. 7 HARI MENCINTAIKU 3

Selalunya kita sering melihat para lelaki yang akan conquer kafe ketika siaran bola sepak tapi kali ini perempuan pula, yang bezanya mereka menonton drama tersebut.

https://www.tiktok.com/@syaaleee_/video/7099420207797636379?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7014289098874471937

@syaaleee_ Budak matrik tk ingat esok pn ada paper😂😂 #kmk #7harimencintaiku3 #paksamad #sufi #helmi #mia #khuzairi #makleha #pspm ♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT

Di ruangan komen, ada yang terkejut bila melihat kafe itu kena conquer dengan perempuan tapi bukan lelaki sahaja, perempuan pun boleh buat begitu.

Kan memang seronok bila menonton bersama kawan-kawan, lagi la meriah begitu!

“Perempuan Pun Boleh!” 7 HARI MENCINTAIKU 3

Perempuan kalau bab layan drama di televisyen memang nombor satu! Lebih-lebih lagi drama 7 Hari Mencintaiku 3 yang sememangnya sudah terkenal di kalangan rakyat Malaysia.

Demi episod terakhir, habis satu kafe kolej peminatnya sanggup conquer demi mengetahui kesudahannya.

Kredit: syaaleee_

Baca Juga: Wanita Tapau Makanan Dari Majlis Kenduri, Tindakan Itu Buat Ramai Bengang

tags: | |