Sempena Perintah Kawalan Pergerakan ni. Tak boleh kemana-mana, mulut asyik nak mengunyah je kan? Lagi-lagi kudap-kudap yang rangup. Makan sambil tengook tv memang terbaik. Jadi apa kata jom cuba buat karipap sardin roti ni pula, sedap dan garing!

Bahan-bahan:

  • Roti
  • Sardin tin
  • Cili
  • Bawang besar

Cara-cara:

  1. Asingkan sardin dengan kuah. Kemudian lenyek-lenyek sehingga hancur. Masukkan cili dan bawang besar. Panaskan minyak sedikit dan masak dalam 5-10 minit dalam kuali sambil lenyek-lenyekkan lagi.
  2. Ambil sekeping roti, penyek-penyekkan sikit dengan tapak tangan. Kemudian letakkan sardin tadi tu ikut atas masing-masing. Lipatkan jadi dua. Kemudian ambil cawan atau apa-apa yang sesuai, tekapkan seperti dalam gambar sehingga menjadi bentuk karipap.
  3. Sebelum digoreng.
  4. Selepas digoreng. Siap untuk dimakan!

Selamat mencuba!

Kredit: Fatini Afendi

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 288 times!)