Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gadis Teruja Kawan Baik Tamat Belajar, Siap Beri ‘Bunga Istimewa’ Di Majlis Graduasi

Gadis Teruja Kawan Baik Tamat Belajar, Siap Beri ‘Bunga Istimewa’ Di Majlis Graduasi

Kategori:
BUNGA ISTIMEWA

Untungnya sesiapa yang mempunyai kawan baik. Selain tempat mengadu dan berkongsi susah-senang, mereka antara yang rapat dan mengetahui semuanya tentang diri kita.

Oleh itu, sebagai seorang kawan yang baik, perlulah kita tahu menghargai kawan masing-masing. Ketika mereka sedang meraikan kejayaan, apa salahnya kita singgah sebentar untuk memberi buah tangan seperti yang telah dilakukan wanita ini.

Gadis Teruja Kawan Baik Tamat Belajar, Siap Beri ‘Bunga Istimewa’ Di Majlis Graduasi

Berlaku semalam, seorang wanita  chubbymcflabs, berasa teruja apabila mengetahui bahawa kawan baiknya telah berjaya menamatkan pelajaran di universiti dan sedang menghadiri majlis graduasi.

Ingin menyambut kejayaan kawannya, wanita itu ingin melakukan sesuatu yang istimewa buatnya. Selalunya di majlis graduasi, graduan sering menerima sejambak bunga tapi dia memilih untuk melakukan sesuatu yang lain dari yang lain. BUNGA ISTIMEWA

Membeli beberapa ketul ayam dari McD, dia gigih mencucuk ayam tersebut pada lidi kemudiannya ditampal pada cawan minuman. Kemudian, dia membalutnya seperti sejambak bunga menggunakan beg kertas yang diberi dari restoran tersebut. BUNGA ISTIMEWA BUNGA ISTIMEWA

Selesai dengan hasilnya, dia terus menemui kawannya yang baru sahaja keluar dari dewan. Melihat ‘bunga istimewa’ tersebut, kawannya kelihatan gembira dan teruja menikmatinya.

https://www.tiktok.com/@chubbymcflabs/video/7123128660629982466

@chubbymcflabsget urself someone who looks at you the way she looks at chicken…♬ original sound – Tik Toker

Di ruangan komen, orang ramai tertarik dengan ‘bunga istimewa’ yang telah digubah wanita itu. Malah beberapa individu seperti siwat’s gf, alannie dan luvdini sangat berminat sehingga mahu mendapatkannya.

Nampak Menarik, Ramai Nak Bunga Itu Untuk Hari Istimewa Mereka BUNGA ISTIMEWA

Nampak menarik sangat bunga itu, kan? Bagi korang di luar sana, bolehlah mengubahnya untuk kawan-kawan atau teman wanita korang. Tentu mereka akan lebih suka. Kalau bab makanan, sesiapa sahaja akan suka.

Kredit: chubbymcflabs

Baca Juga: “Aku Tak Sampai Hati Tengok..” – Rider Kena Sidai Dengan Pelanggan Di Tengah Hujan, Akhirnya Gadis Ini..

tags: | | | |