Sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia, kita biasa sahaja melihat anak muda giat meluangkan masa dengan melepak di gerai makan bersama rakan-rakan. Setelah sekian lama tidak bertemu dan melakukan aktiviti itu, mereka merebut peluang apabila kerajaan menggenakan kelonggaran.
Jika dilihat sekarang, anak muda sudah seronok melepak di luar sambil mematuhi Standard Operating Procedure (SOP). Selalunya, aktiviti itu dilakukan bersama rakan-rakan juga namun ada sejenis orang yang suka membawa orang ‘ketiga’.
Selalunya pasangan sering dijadikan orang ‘ketiga’ ketika melepak bersama kawan-kawan tapi di laman TikTok, lain pula ceritanya. jiemrv mendapat perhatian apabila membawa ibunya semasa melepak bersama kawan-kawan.
Menurutnya, ibunya kelaparan jadi dia tidak keberatan untuk membawa ibunya ke gerai makan sambil melepak bersama kawan-kawan. Ibunya kelihatan sungguh berselera ketika menikmati makanan sambil kawan-kawannya leka bermain game di smart phone masing-masing.
https://www.tiktok.com/@jiemrv/video/7023375125525302555?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937
@jiemrv ibu lapau noh😩 #fyp ♬ duhaiiii – ♡
Di ruangan komen, warganet memuji lelaki itu kerana membawa ibunya bersama. Mempunyai hubungan yang baik dengan ibu, mereka mengatakan bahawa dia seorang anak yang soleh.
Bila adanya orang yang lebih tua, mestilah kita akan terus berkelakuan sopan. Jadi tak hairan lah mengapa mereka terlampau leka bermain. Jangan terlepas kata sudah orang tua, nanti dibebel pula.
Alahai, comelnya melihat gelagat maknya ketika menikmati makanan. Tak pernah lagi tengok orang bawa maknya masa melepak dengan kawan-kawan, memang anak yang soleh!
Walaupun kawan-kawan juga penting, janganlah kita lupa juga pada ibu bapa kita di rumah. Mereka turut mahu meluangkan masa bersama dan mengenali orang sekeliling kita. Jaga hubungan dengan mereka dan Tuhan akan permudahkan segala urusan kita.
Kredit: TikTok jiemrv