Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Suka Makan Coklat? Ketahui Kebaikan Coklat Gelap Pada Kesihatan. Selepas Ini Cuba Coklat Gelap Pula!

Suka Makan Coklat? Ketahui Kebaikan Coklat Gelap Pada Kesihatan. Selepas Ini Cuba Coklat Gelap Pula!

Kategori: ,
kebaikan coklat gelap

Bila sebut saja pencuci mulut, mesti ramai yang teringatkan coklat, kan? Selain dari rasa yang pahit manis dan enak, terdapat banyak kebaikan coklat gelap jika dibandingkan dengan coklat yang lain.

Beza Coklat Gelap Dengan Coklat Lain

Terdapat tiga jenis coklat iaitu; coklat putih, coklat susu dan coklat gelap. Coklat dihasilkan dari biji koko yang mempunyai kandungan antioksida dan nutrien.

Berbanding yang coklat lain, coklat gelap mengandungi sekurang-kurangnya 35 hingga 100 peratus biji koko. Coklat putih dan susu pula mengandungi kandungan gula yang tinggi.

Secara kesimpulannya, coklat gelap merupakan pilihan yang lebih sihat. Namun, jika anda ingin mendapatkan lebih banyak manfaat, pilih coklat gelap yang mempunyai 70 peratus dan keatas kandungan koko.

Kebaikan Coklat Gelap Pada Kesihatan

  • Penurunan Berat Badan.

Jika anda teringin sesuatu yang manis, sedikit coklat gelap mampu bantu anda untuk mengatasi craving dan rasa lapar. Namun begitu, harus diingatkan bahawa coklat juga mempunyai lemak, kalori dan gula. Jadi ambil dalam kuantiti yang sedikit sehari.

  • Menjaga Kesihatan Jantung

Kandungan antioksida pada coklat gelap boleh membantu peredaran dan tekanan darah, kandungan kolestrol dan merendahkan risiko serangan jantung dan stroke.

  • Melindungi Kulit

Flavanols yang terdapat coklat gelap dapat melindungi kulit anda dari sinaran UV dan mengelakkan tanda-tanda penuaan.

  • Meningkatkan Fungsi Otak

Antioksida dan favanols dapat membantu fungsi neurological. Terdapat juga kajian yang mengatakan coklat gelap dapat meningkatkan memori, kebolehan kognitif dan mood.

Sebenarnya banyak kebaikan coklat gelap pada kesihatan. Pastikan anda memilih coklat yang mempunyai kandungan koko yang tinggi untuk mendapatkan kebaikan yang dinyatakan.

Harus diingatkan, anda perlu mengambil coklat gelap dalam kuantiti yang sedikit kerana ia masih lagi mempunyai kandungan gula dan lemak.

Kredit: Select Health

Baca Juga: Resepi ‘Love Hunter Cookies’, Sedap & Mudah Sangat Nak Buat

tags: | |