Apabila tinggal bersama penyewa yang lain, sikap toleransi dan saling menghormati perlu ada pada diri masing-masing. Tambahan pula, kita juga perlu meminta izin sebelum menggunakan barangan orang lain walaupun tinggal bersama.
Hal itu penting kerana dapat mengelakkan perselisihan faham dan mewujudkan suasana yang harmoni di dalam rumah. Namun begitu, ada juga sesetengah individu yang memiliki sikap yang tidak elok sehingga boleh menyusahkan orang lain. Apa perasaan anda bila tinggal dengan orang sebegitu?
Di laman TikTok, seorang pengguna, suliansu, memuat naik sebuah video untuk meluahkan rasa kecewa asyik diambil kesempatan oleh penyewa lain yang tinggal bersamanya.
Sering berlaku, dia pulang ke rumah dalam keadaan penat dan lapar tapi kecewa bila mendapati barang-barang di dapur sudah digunakan. Tambahan itu, dapur rumah itu berada dalam keadaan kotor dan busuk. Jelas perkara itu tidak direka-reka kerana melihat keadaan dapurnya menerusi video itu, sesiapa sahaja akan berasa tidak selesa.
Tidak ingin bergaduh, dia akhirnya menyerah kalah dan memilih untuk berehat dari bergaduh mengenai hal ini.
@suliansu pernah lagi teruk dari iniππ
β¬ Top Topan – ππππ πππππΎπΆ π
@suliansupernah lagi teruk dari iniππβ¬ suara asli – Hi, ini meme – π΄πππππππππππΉ
Menjengah di ruangan komen, para warganet turut berasa kecewa dengan sikap sesetengah individu yang suka mengambil kesempatan atas orang lain. Perkara itu tidak seharusnya berlaku.
Malah, ada juga yang kongsi pengalaman masing-masing. Pernah tinggal dengan penyewa lain yang pengotor dan tidak bertolak ansur, akhirnya mereka memilih untuk pindah.
Meskipun tinggal bersama, kita tidak seharusnya mengambil kesempatan akan penyewa lain sehingga membebankan mereka. Kebersihan perlu dijaga bersama, barangan mereka juga tidak seharusnya digunakan ikut suka.
Jangan lah kita menjadi sejenis orang yang suka menyusahkan orang lain.
Kredit: TikTok suliansu
Baca Juga: Mengadu Mengenai Sikap Rider Foodpanda Yang Tidak Bertanggungjawab, Tapi Ini Pula Respon Warganet