Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kecewa Bila Pasangan Tidak Muncul Untuk Blind Date, Ini Mungkin Kali Terakhir Untuk Lelaki Ini Mencuba Nasib

Kecewa Bila Pasangan Tidak Muncul Untuk Blind Date, Ini Mungkin Kali Terakhir Untuk Lelaki Ini Mencuba Nasib

Kategori:
blind date

Untuk mencari pasangan hidup, kini ramai yang mencuba nasib dan melakukan blind date. Ianya dimana dua individu telah merancangkan satu pertemuan meskipun tidak pernah bertemu atau bersua. Selalunya ia dirancang oleh pihak lain dengan harapan mereka memiliki keserasian. Kini dengan penggunaan media sosial, ramai yang telah ketemui pasangan masing-masing melalui blind date.

Namun, tak semua individu berjaya setelah menghadiri blind date. Selain tidak memiliki keserasian setelah bertemu, ada juga sesetengah individu yang kecewa bila pasangan tidak hadir seperti yang dijanjikan dan terus menyepi.

Pasangan Tidak Muncul Untuk Blind Date

Terbaru, seorang pengguna, encikpurnama8989, memuat naik sebuah video di laman TikTok dan meluahkan rasa kecewa apabila pasangannya tidak menghadirkan diri seperti yang dijanjikan.

Tidak pernah bertemu, dia teruja untuk akhirnya menemui wanita tersebut di tempat yang dijanjikan. Menunggu di sebuah kedai makan, lelaki itu telah memesan beberapa hidangan untuk dinikmati bersama.

Namun setelah lama menanti, dia mula menyedari bahawa wanita itu tidak akan menghadirkan diri. Tanpa apa-apa penjelasan, dia ditinggalkan oleh wanita tersebut. Mungkin kerana rupa dia ditinggalkan, lelaki itu menerima apa yang berlaku. Malah, ini mungkin kali terakhir dia mencuba nasib dengan blind date.

@encikpurnama8989

Apabila kamu sudah 30an namun masih Mencari 😌😌#cinta #viral #fyp

♬ original sound – afar – flwr.cloudy

@encikpurnama8989 Apabila kamu sudah 30an namun masih Mencari 😌😌#cinta #viral #fyp ♬ original sound – afar

Selalu Macam Tu..

Menjengah di ruangan komen, netizen bersetuju bahawa generasi sekarang sangat mementingkan rupa sehingga mengetepikan perwatakan dan keperibadian seseorang. blind date

Sentiasa Sabar

Malah, ada yang memujuk lelaki itu untuk sentiasa sabar dan tidak cepat patah hati. Jodoh tentu tiba bila datang masanya. blind date

Kecewa dan patah hati sudah sesuatu yang biasa dalam percintaan. Semoga lelaki itu tabah dalam mencari pasangan hidup. Hal itu tidak mudah namun sentiasalah berdoa dan berusaha. Mungkin nanti akan diketemukan dengan pasangan yang lebih baik.

Kredit: TikTok encikpurnama8989

Baca Juga: “Ada Sesuatu Kat Sini..” Peniaga Ini Jumpa Makhluk ‘Lain’ Yang Menumpang Ketika Kedai Makan Sibuk & Dipenuhi Pelanggan

tags: