Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Pedih Jugak La Kena Scam..” – Kecewa Dengan Burger Yang Dibeli, Wanita Ini Mohon Peniaga Untuk Lebih Jujur

“Pedih Jugak La Kena Scam..” – Kecewa Dengan Burger Yang Dibeli, Wanita Ini Mohon Peniaga Untuk Lebih Jujur

Kategori:
KECEWA DENGAN BURGER

Burger merupakan makanan segera yang amat digemari oleh rakyat Malaysia. Walaupun kelihatan ringkas, ia tetap memuaskan selera sesiapa sahaja yang sedang lapar.

Malah, perniagaan burger kini meluas. Ada yang mampu menjana pendapatan dengan hanya menjual burger di tepi jalan. Namun, para peniaga tidak seharusnya leka ketika meniaga hidangan kesayangan ini. Jika tersalah sedikit, pasti akan mengecewakan hati pelanggan.

Kecewa Dengan Burger Yang Dibeli

Di laman TikTok, seorang pengguna, shu_bajulawa, memuat naik sebuah video untuk meluahkan rasa kecewa dengan burger yang dibeli olehnya baru-baru ini.

Membeli burger dari seorang peniaga kecil, wanita itu teruja untuk membawanya pulang pada anak-anaknya yang sedang menanti dan sudah lama ingai merasai burger. Namun, apabila membuka plastik, wanita itu bagaimanapun terkejut apabila mendapati burger itu kelihatan ‘kosong’.

Hanya dihiasi dengan patty daging dan sos mayonis, dia berasa sangat kecewa. Melihat kekecewaan itu, anaknya yang baru sahaja berumur 4 tahun cuba memujuk ibunya. Tambahnya pula, jika peniaga sudah kehabisan bahan-bahan, seharusnya memaklumkan perkara itu kepada pelanggan supaya mereka sedia maklum dan tidak dikecewakan.

@shu_wardrobe

Pedih jugak lerr kena scam nih😭😭

♬ original sound – A2uRa – Azura Amir

@shu_bajulawaPedih jugak lerr kena scam nih😭😭♬ original sound – A2uRa

Jaga Hati Pelanggan

Menjengah di ruangan komen, warganet tidak berpuas hati dengan perkara itu. Jelas, mereka kecewa dengan sikap sesetengah peniaga yang tidak cuba menjaga hati pelanggan dan meniaga sekadar untuk mendapatkan keuntungan. KECEWA DENGAN BURGER

Cuba Fikir Ke Arah Positif

Malah, ada juga yang cuba memujuk wanita itu ke arah fikiran yang lebih positif. Mungkin kesilapan yang tidak disengajakan oleh peniaga dan perkara ini boleh dijadikan pengajaran buatnya dan pihak peniaga. KECEWA DENGAN BURGER

Bila kita meniaga, kita perlulah jelas dan jujur dengan pelanggan supaya perkara sebegini dapat dielakkan. Nak memuaskan hati pelanggan ini tidak mudah tapi jika kita meniaga seikhlas hati dan tidak mengejar untung semata-mata, pasti rezeki akan datang pada kita.

Kredit: TikTok shu_bajulawa

Baca Juga: Elok Lapar Terus Jadi Sakit Hati, Wanita Ini Memohon Pada Para Peniaga Untuk Lebih Ikhlas

tags: