Dalam dunia perniagaan, tak kira apa-apa industri, maklum balas dari pelanggan itu sangat penting untuk memajukan perniagaan kita. Jadi, seeloknya, para peniaga perlu berniaga penuh ikhlas dan teliti bagi memastikan pelanggan sentiasa berpuas hati.
Bagi peniaga makanan, mereka perlu lebih berhati-hati. Meskipun mereka tidak mampu untuk memuaskan citarasa semua pelanggan, namun segala hidangan perlu lah dimasak dengan teliti dan dalam keadaan yang bersih.
Jika tidak menjaga kualiti makanan, ia akan mempunyai rasa yang kurang enak atau cepat rosak. Perkara tersebut boleh membuatkan mana-mana pelanggan berang.
Baru-Baru ini di Facebook, seorang pengguna meluahkan rasa tidak puas hati dengan nasi goreng yang telah dibeli. Niat untuk menjadikannya sebagai makanan tengah hari terus tak jadi apabila ia didapati telah basi.
Maafla.. Jrg nk post ape2.. Kpd pniaga tlg la niaga elok2. Pastikn nsi tu d goreng smpai btl2 kering spya xcpt basi. Bli 8am.. Nk buat lunch tp dh basi.. Umh xde air nk masak.. sbb tu tapaw je. …rm7 dgn ayam goreng.. xde rezeki.
Potong selera dan kecewa, wanita itu memohon agar peniaga lebih teliti ketika memasak supaya perkara ini tidak lagi berulang. Dalam keadaan rumah yang tiada air sejak akhir-akhir ini, memang tak sempat untuk dia ke dapur dan masak.
Menjengah di ruangan komen, terdapat beberapa individu yang menasihati orang ramai untuk elakkan dari menjadikan nasi goreng sebagai bekal. Ini kerana ianya antara makanan yang cepat rosak dan perlu segera dimakan.
Ada juga segelintir warganet yang menasihati wanita itu untuk rujuk dengan peniaga yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu tersebut.
Harap para peniaga dan pelanggan lebih berhati-hati selepas ini. Bagi para peniaga, berniaga lah dengan lebih teliti dan buat pelanggan juga, jika ada apa-apa isu, boleh terus rujuk pada peniaga untuk selesaikan.
Kredit: Yatie Minamie via MATJHN OFFICIAL