Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Aniaya Orang..”, Rasa Macam Nak Nangis, Wanita Kecewa Dengan Spaghetti Aglio Olio ‘Kosong’ Yang Dibeli

“Aniaya Orang..”, Rasa Macam Nak Nangis, Wanita Kecewa Dengan Spaghetti Aglio Olio ‘Kosong’ Yang Dibeli

Kategori:
spaghetti aglio olio 'kosong'

Spaghetti Aglio Olio merupakan hidangan ringkas yang selalunya dijual di kafe atau restoran ala Barat. Bagi mereka yang tidak suka hidangan berkuah, ia menjadi pilihan mereka.

Walaupun hidangan itu tersebut kelihatan ringkas, namun lauk-pauk yang ditambah seperti udang, isi ayam, sotong dan sebagainya menjadi penambah rasa.

Tambahan ia dijual dengan harga mencecah belasan ringgit, sudah tentu pelanggan yang membelinya beranggapan bahawa peniaga akan meletakkan lauk yang banyak supaya lebih puas bila dimakan.

Wanita Kecewa Dengan Spaghetti Aglio Olio ‘Kosong’ Yang Dibeli

Terbaharu, seorang wanita memuat naik sebuah video di laman TikTok menerusi akaunnya, Aizatul Nisya. Dia ingin berkongsi pengalaman mengecewakan ketika membeli hidangan Spaghetti Aglio Olio ‘kosong’ dari sebuah kedai.

Mungkin memesan makanan itu menerusi talian dan dihantar ke rumahnya, wanita itu telah membayar sebanyak RM15 untuk hidangan itu sahaja. Dengan perut yang kelaparan, dia sangat tidak sabar untuk menikmatinya.

Namun setelah ia tiba, dia beria-ria untuk menikmatinya. Membuka bekas itu, dia terkejut dan rasa seperti ingin menangis melihat hidangan itu.  spaghetti aglio olio 'kosong'

Dengan harga yang telah dibayar, dia menyangka bahawa pihak restoran akan meletakkan lauk yang banyak tapi lain pula. Dilihat, spaghetti aglio olio itu hanya dihidangkan dengan hirisan cendawan. Tambahan, ia juga terlalu masin untuk dimakan.spaghetti aglio olio 'kosong' spaghetti aglio olio 'kosong'

Kecewa dengan perkara itu, dia turut memohon agar peniaga lebih teliti dan tidak mementingkan untung. Jika ingin meniaga, janganlah sampai menganiaya pelanggan sebegitu sekali.

Dia juga berharap agar peniaga tidak mengulangi hal ini kerana perkara tersebut merupakan sesuatu dosa kerana telah mengambil kesempatan ke atas pelanggan.

@aztlnsya

Kita bayar tau, tapi dapat2 isi cendawan je tak sama macam dalam gambar 🥹 harap lepasni jangan buat customer2 macam ni, dosa satu hal, aniaya orang yang membeli pula tu 😭 orang tengah lapar boleh menangis kalau tengok isi cendawan je 😂

♬ original sound – Erich

@sellerskincareviralKita bayar tau, tapi dapat2 isi cendawan je tak sama macam dalam gambar 🥹 harap lepasni jangan buat customer2 macam ni, dosa satu hal, aniaya orang yang membeli pula tu 😭 orang tengah lapar boleh menangis kalau tengok isi cendawan je 😂♬ original sound – Erich

Sebagai pelanggan, sudah tentu kita ingin makanan atau minuman yang dibeli adalah berbaloi dengan harga yang dibayar. Walaupun peniaga mungkin tersepit dengan isu kenaikan harga barangan, tapi ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menipu pelanggan sebegitu. Jadilah peniaga yang jujur.

Kredit: Aizatul Nisya

Baca Juga: “Dari Pagi No Rest..”, Pekerja Secret Recipe Luah Penat, Restoran Dah Tutup Tapi Pelanggan Masih..

tags: |