Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ramai Terkejut Kedai Burger IShowSpeed Sudah Disita DBKL, Peniaga Berterima Kasih Atas Sokongan Semua

Ramai Terkejut Kedai Burger IShowSpeed Sudah Disita DBKL, Peniaga Berterima Kasih Atas Sokongan Semua

Kategori: ,
Kedai Burger IShowSpeed

Kedai Burger yang dikunjungi oleh oleh IShowSpeed baru-baru ini menjadi tular dan sebutan ramai sensasi di media sosial apabila berjaya membuat bintang YouTuber naik ‘gila’ selepas gigitan pertama burger special yang ditawarkan.

Ramai Terkejut Kedai Burger IShowSpeed Sudah Disita DBKL, Peniaga Berterima Kasih Atas Sokongan Semua

Oleh kerana populariti kian melonjak, kedai burger terbabit telah didatangi jumlah pelanggan yang ramai pada saban hari.

Siapa sangka kedai burger yang telah menaikkan nama Malaysia di platform internet kini sudah menemui pengakhirannya?

Tular sebuah video di TikTok yang memperlihatkan kedai burger IShowSpeed yang terletak di kaki lima LRT Bangsar itu telah pun disita oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kedai Burger IShowSpeed

Di dalam video itu, tapak penjualan burger sudah diserbu oleh pihak DBKL dan barangan telah disita menerusinya pada awal pagi semalam.

Kedai Burger IShowSpeed

Selain itu, kelihatan van dan trak milik DBKL yang diparkir pada sisi jalan yang dipercayai untuk mengambil barangan dan kiosk burger terbabit.

Penutupan Sementara, Pembukaan Semula Diberitahu Kelak

Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih apabila kedai burger IShowSpeed itu tidak dapat beroperasi lagi walhal sudah mengharumkan nama negara di persada dunia. Malah, ada yang mempercayaua perkara itu boleh terjadi kerana ada indiviu yang dengki dengan kejayaan kedai itu.

Sementara sebahagian lain merasakan tindakan tersebut mungkin diambil atas dasar tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk penjaja jalanan.

Dalam pada itu, pemilik kedai burger berkenaan telah mengesahkan bahawa kedai mereka terpaksa tutup sementara ekoran telah disita oleh pihak DBKL menerusi Instagramnya.

Dia sempat berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan sokongan selama ini dan akan mengemas kini sebarang info kedainya dari semasa ke semasa.

Sumber: foodyfun / vocket

Baca juga: Food Reviewer Indonesia Ini Berpendat Nasi Kandar Malaysia Rasa Lazat, Tidak Rasa Berpasir

tags: | |