Adat dalam meniaga dan mengusahakan sebuah kedai makan, tak semuanya berjalan seperti yang dirancang. Meskipun pelbagai persiapan dan usaha yang telah dilakukan dari pihak peniaga, pasti akan berlaku perkara yang tidak dijangka seperti kehabisan bahan masakan.
Perkara itu turut membuat para pelanggan kecewa kerana mungkin penat menunggu atau sanggup datang dari jauh semata-mata untuk makan tapi akhirnya terpaksa pulang dengan perut kosong.
Ada yang memahami situasi peniaga, ada pula yang sebaliknya dan sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk merasai makanan.
Pengalaman sebegitu menimpa seorang peniaga yang mempunyai kedai makan dan terkenal dengan hidangan nasi goreng yang diberi nama ‘Nasi Goreng Penumbok‘.
Oleh kerana terlalu sedap dan portion yang banyak, hidangan tersebut mendapat sambutan yang hebat di kalangan pelanggan hingga belum tutup kedai lagi tapi terpaksa tutup order kerana nasi yang digunakan telah berjaya dihabiskan.
Ada pelanggan yang akur dan pulang dengan keadaan yang kecewa tapi ada juga pelanggan yang nekad untuk merasai hidangan itu.
Peniaga itu juga terkejut apabila mengetahui bahawa ada seorang pelanggannya yang sanggup membeli dua pinggan nasi putih semata-mata untuk diberi pada tukang masak bagi menyediakan hidangan ‘Nasi Goreng Penumbok’.
Pelanggan itu juga kelihatan nekad untuk cuba, agaknya mungkin peminat tegar hidangan tersebut. “Sanggup tau beli kat orang lain!”, tambahnya.
@ulfahmesra 10.15pm nasi habis.Akak ni sanggup cari nasik demi sebungkus nasik goreng penumbok. #nasigorengpenumbok #loksasibojsentralbandardatoonnjb #myfoodie #makansedapjohor #peminatpedas
@nasigorengpenumbok 10.15pm nasi habis.Akak ni sanggup cari nasik demi sebungkus nasik goreng penumbok. #nasigorengpenumbok #loksasibojsentralbandardatoonnjb #myfoodie #makansedapjohor #peminatpedas ♬ original sound – Nasi Goreng Penumbok
Menjengah di ruangan komen, mereka yang pernah mencuba hidangan itu tak hairan mengapa pelanggan itu sanggup membeli nasi dari kedai lain. Ini kerana ia memang sedap dan memuaskan.
“Memang sedap. Portion banyak giler, makan habis malam tu sebab sedap sangat.”, kata _zanmk_.
Sememangnya ada juga segelintir pelanggan yang sebegini. Selagi tak dapat makan makanan yang dicari, selagi itu dia akan usaha sehabis mungkin untuk mendapatkannya.
Agaknya anda sanggup tak buat sama sepertinya?
Kredit: nasigorengpenumbok
Baca Juga: Suami Selalu Belanja Snek Tepi Sekolah, Walaupun Dah Lama Kahwin Tapi Tetap Layan Isteri Cara Elok