Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kedai Nasi Ayam Penyet Tak Sediakan Kicap Pada Pelanggan, Lelaki Ini Terpaksa Cari Cara Lain

Kedai Nasi Ayam Penyet Tak Sediakan Kicap Pada Pelanggan, Lelaki Ini Terpaksa Cari Cara Lain

Kategori:
KEDAI NASI AYAM PENYET

Kicap merupakan sejenis sos yang sangat serbaguna dan antara bahan yang wajib ada di dapur. Selain sesuai digunakan dalam pelbagai jenis resepi untuk dijadikan sos, kuah atau perapan daging, ia juga boleh dimakan dengan begitu sahaja bersama sepinggan nasi putih dan lauk lain.

Terdapat beberapa jenis kicap yang boleh didapati di pasaran, antaranya kicap pekat yang mempunyai warna yang lebih gelap dan rasa yang sedikit manis dan masin. Ia juga disediakan di pelbagai kedai nasi ayam penyet. Kombinasi yang sesuai, tanpa kicap tersebut, sudah tentu tak best bila dimakan. Segelintir pelanggan pun sudah tentu akan berasa kecewa jika mana-mana kedai tidak menyediakannya untuk ditambah pada nasi ayam penyet yang dipesan mereka.

Kedai Nasi Ayam Penyet Tak Sediakan Kicap, Lelaki Ini Cuba Cara Lain

Terbaharu, seorang lelaki memuat naik sebuah video di laman TikTok dan berkongsi gelagat kawannya ketika berada di sebuah kedai nasi ayam penyet. Memesan hidangan itu, mereka bagaimanapun berasa kecewa apabila mendapati kedai itu tidak menyediakan sebotol kicap untuk dimakan bersama nasi mereka. KEDAI NASI AYAM PENYET

Mungkin perkara yang sering berlaku, kawannya yang makan bersama terus mencapai di dalam begnya dan menggunakan kicap pekat yang dibawa dari rumah. Tak mahu malu dan ‘tertangkap’, dia terus simpan botol itu sebelum disedari orang lain. Barulah lebih berselera kalau ada kicapnya! KEDAI NASI AYAM PENYET

https://www.tiktok.com/@aie_ou/video/7078625167068515610?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@aie_ouSiapa sini wajib makan ada kicap kita geng♬ Laper Laper Ha – Faiha

Menjengah di ruangan komen, tindakan kawannya tidak begitu hairan bagi orang ramai. Kalau tiada kicap sudah tentu tak ada selera. Dari dimakan kosong dengan begitu sahaja, kan lebih elok jika ada kicap.

Takde Kicap Tak Best KEDAI NASI AYAM PENYET KEDAI NASI AYAM PENYET

Bagi sesetengah orang, kalau tiada sebotol kicap untuk dimakan bersama nasi ayam penyet, sudah tentu tak berselera bila makan. Kalau perlu bawa kicap sendiri pun tak apalah, jangan tertangkap sudah dengan orang lain. Takut nanti kena tanggung malu pula.

Kredit: TikTok aie_ou

Baca Juga: Tembikai Keluarkan Buih & Bunyi Gas, Wanita Ini Takut Buah Itu Akan Meletup Seperti Bom

 

tags: