Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kedai Runcit Tutup Gara-Gara Tiada Pekerja, Netizen Kongsi Mengapa Ramai Tak Mahu Bekerja

Kedai Runcit Tutup Gara-Gara Tiada Pekerja, Netizen Kongsi Mengapa Ramai Tak Mahu Bekerja

Kategori:
Kedai-Runcit-Tutup-Gara-Gara-Tiada-Pekerja

Keadaan ekonomi yang mencabar dan kos sara hidup yang semakin meningkat membuat ramai berebut untuk mencari pekerjaan. Tak kisah apa jua kerja yang dilakukan asal ianya Halal dan cukup untuk menampung diri dan keluarga.

Walaupun begitu ramai yang ingin bekerja, kita dapat melihat industri Food and Beverage (F&B) antara yang merundung dari segi pekerja. Pergi sahaja ke mana-mana restoran, samada kecil atau besar, pasti beberapa buah tempat yang tidak mempunyai pekerja yang mencukupi.

Hal ini bukan sahaja berlaku di restoran malah di kedai runcit dan pasaraya, fenomena ini turut terjadi.

Kedai Runcit Tutup Gara-Gara Tiada Pekerja, Netizen Kongsi Mengapa Ramai Tak Mahu Bekerja

Terbaharu, seorang lelaki mruh20 telah memuat naik sebuah video di laman TikTok dan berkongsi keadaan sebuah kedai runcit yang menyebabkan seribu tanda tanya.

Memantau dari jauh, lelaki itu hairan apabila melihat kedai runcit itu kelihatan gelap dan tiada kelibat manusia kelihatan, seperti sudah lama tidak beroperasi meskipun masih terdapat barang-barang di dalam seperti snek, minuman, aiskrim dan sebagainya.  Kedai Runcit Tutup Gara-Gara Tiada Pekerja

Tambahan, notis Jawatan Kosong turut ditampal di kaca kedai runcit, sedang mencari pekerja. Melihat keadaan di situ, dia berkesimpulan bahawa barangkali ketiadaan pekerja telah memaksa kedai tersebut menghentikan operasinya. Kedai Runcit Tutup Gara-Gara Tiada Pekerja

Dinamakan fenomena ‘The Great Resignation’, ia menjadi satu masalah serius yang sedang melanda bukan sahaja industri F&B tapi juga Retail.

@mruh20

Retail juga terkesan.. bukan F&B saja gais #fyp #fypシ #resignation

♬ Hekate – End Of The Worlds

@mruh20 Retail juga terkesan.. bukan F&B saja gais #fyp #fypシ #resignation ♬ Hekate – End Of The Worlds

Menjengah di ruangan komen, netizen tampil menjelaskan faktor-faktor mengapa ramai yang tidak minat untuk bekerja di industri F&B dan Retail yang sedang mengalami kekurangan pekerja.

Antaranya sebabnya adalah; gaji yang rendah, waktu kerja yang panjang, rakan kerja serta majikan yang toksik dan banyak lagi.

Sebab Ramai Yang Tidak Pilih Untuk Bekerja Kedai Runcit Tutup Gara-Gara Tiada Pekerja Kedai Runcit Tutup Gara-Gara Tiada Pekerja

Fenomena ‘The Great Resignation’ ini menjadi satu masalah yang perlu diatasi secepat mungkin. Ini kerana bukannya orang ramai tak ingin bekerja tapi atas faktor-faktor yang telah dinyatakan, mereka lebih memilih untuk mementingkan diri sendiri serta kesihatan tubuh badan dan mental.

Kredit: mruh20

Baca Juga: “Kasar Gurau..” – Kena Scam Dengan Maggi, Wanita Ini Kesal & Terus Tak Jadi Masak Di Dapur

 

tags: | |