Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek Keladi Sering Menjadi Pilihan Ramai Untuk Jamuan, Ini Resepinya Yang Korang Boleh Cuba

Kek Keladi Sering Menjadi Pilihan Ramai Untuk Jamuan, Ini Resepinya Yang Korang Boleh Cuba

Kategori: ,
KEK KELADI

Kek Keladi sememangnya sejenis kek yang begitu unik. Zaman kecil dahulu, ia sering menjadi pilihan anak murid untuk dibawa ke mana-mana majlis jamuan sekolah. Tapi kini, ia semakin sukar untuk didapati.

Mencari-cari tapi asyik tak jumpa, korang tak perlu susah-susah! Nak mudah, korang boleh cuba resepi kek keladi yang telah dikongsikan oleh Sulwani Suhaimi ini. Sangat mudah dan ringkas sahaja, jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Kek Keladi Sering Menjadi Pilihan Ramai Untuk Jamuan, Ini Resepinya Yang Korang Boleh Cuba

Bahan lapisan kek

  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan air
  •  2 1/2 cawan tepung sponge mix (Nota: Jangan sesekali tukarkan dengan tepung gandum)KEK KELADI KEK KELADI

Cara penyediaan lapisan kek

  1. Adun semua bahan ni ikut turutan menggunakan mixer. Tak perlu adun terlalu lama. Kek ini memang senang jadi.
  2. Bakar selapis demi selapis (biasanya ada 4 biji kek). Jangan lupa alas loyang dengan kertas minyak.
  3. Bakar pada suhu 180 darjah celsius dalam masa 20 minit.
  4. Sementara tu, tunggu kita boleh la sediakanm bahan untuk lapisan keladinya.

KEK KELADI

Bahan keladi

  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 3 cawan santan
  • 2 cawan air
  • Gula
  • Pewarna ungu
  • Secubit garam

Cara penyediaan keladi

  1. Kisar semua bahan kecuali gula, garam dan pewarna ungu.
  2. Masukkan dalam periuk. Masukkan pewarna ungu, gula secukupnya dan garam. Jangan letakkan terlalu banyak gula sebab kek dah manis.
  3. Masak dan kacau tanpa henti di atas api dapur yang sederhana sampai menggelegak dan pekat likat macam dalam gambar. KEK KELADI
  4. Dah siap keladi ni, boleh la mula hiaskan kek. Kita mulakan dengan lapisan kek, keladi, kek, keladi sampai la tamat. Hiaskan dengan kelapa kering dan siap. KEK KELADI
  5. Masukkan dalam peti ais dulu supaya keladi keras sikit barulah boleh dinikmati. KEK KELADI KEK KELADI

Mudah sahaja rupanya untuk sediakan kek keladi ini. Bagi anda yang gemarkan kek yang unik ini, jom cuba resepinya! Walaupun ringkas tapi sedapnya tak terkata!

Selamat mencuba!

Kredit: Sulwani Suhaimi

Baca Juga: Resepi Bako Pandan Filipina, Pemanis Mulut Paling Laris Musim Panas!

tags: | | |