Tidak dinafikan kenaikkan harga barangan yang semakin meningkat telah memberi kesan yang drastik pada pengguna. Selain itu, para pengusaha kedai makan juga terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual bagi menampung pelbagai kos.
Hal itu mengecewakan ramai pihak dan bukannya satu keputusan yang senang buat para peniaga. Tapi demi meneruskan perniagaan, ia terpaksa dilakukan.
Namun begitu, terdapat segelintir peniaga yang akan mengambil kesempatan dengan situasi sekarang untuk mengaut untung lebih. Perkara sebegini berlaku ke atas seorang pengguna baru-baru ini.
Terkini, seorang wanita, hudaariffin7 telah memuat naik sebuah video di laman media sosial untuk berkongsi rasa tidak puas hati dengan tindakan seorang peniaga yang telah mengambil kesempatan ke atas dirinya.
Menurut wanita tersebut, dia telah ke sebuah kedai makan yang berhampiran untuk membungkus nasi putih bersama lauk pauk untuk dinikmati kemudian. Telah mengambil nasi separuh bersama kuah lemak kuning dan seketul ikan goreng, dia telah ke kaunter untuk membayarnya.
Namun, dia terkejut apabila harga yang perlu dibayar adalah sebanyak RM13 secara keseluruhannya. Terkilan dengan perkara itu, dia akur dan membayarnya tapi hal itu membuat dia boikot kedai makan tersebut dan tidak mahu lagi ke sana.
https://www.tiktok.com/@hudaariffin7/video/7112088786837802266?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@hudaariffin7X mboh gi doh aku♬ original sound – ipannnn
Menjengah di ruangan komen, orang ramai berpendapat bahawa ada sebab mengapa peniaga mengenakan harga yang mahal sebegitu. Ini kerana lauk yang dipilih tak lain tak bukan ikan merah jadi harganya agak mahal jika nak dibandingkan dengan lauk-lauk yang lain.
Menurut pengguna, Joel Yusof, ini perkara yang biasa memandangkan di mana-mana kedai, harga ikan merah selalunya boleh didapati pada RM10 paling murah.
Meskipun harga makanan semakin mahal, namun ia tidak seharusnya menjadi alasan untuk para peniaga mengenakan caj yang terlampau mahal ke atas pelanggan.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pelanggan dinasihatkan untuk bertanya terlebih dahulu sebelum membeli makanan supaya tidak terkena caj mahal yang tidak logik.
Kredit: hudaariffin7
Baca Juga: “Macam Kandang Babi..” – Bagi Orang Tumpang Di Rumah, Lelaki Ini Perlu Tanggung Akibat..