Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home Β» Berita Β» “Apa Kena Mengena?”- Kena Kecam Dengan Kawan Sebab Tak Makan Maggi Pedas, Nama Negeri Pula Dipetik

“Apa Kena Mengena?”- Kena Kecam Dengan Kawan Sebab Tak Makan Maggi Pedas, Nama Negeri Pula Dipetik

Kategori:
TAK MAKAN MAGGI PEDAS

Setiap negeri di Malaysia mempunyai ciri dan citarasa yang sangat unik. Tidak dinafikan latar belakang negeri juga mempengaruhi citarasa sesetengah individu. Jika orang Negeri Sembilan terkenal kerana sangat menggemari masakan pedas, manakala rakyat Kelantan pula sangat sukakan manisan.

Hal itu sering dijadikan bahan usikan di antara kawan-kawan. Kalau tak makan pedas, terus diejek Kelantan tapi rasanya ada juga rakyat Kelantan yang suka makan pedas, kan?

Kena Kecam Dengan Kawan Sebab Tak Makan Maggi Pedas, Nama Negeri Pula Dipetik

Terbaharu, seorang lelaki, miorozair telah memuat naik sebuah video di laman media sosial untuk kongsikan peristiwa lucu bersama kawan-kawannya. Telah ke sebuah gerai untuk makan bersama-sama, dia dan kawan-kawan mengusik salah seorang dari mereka.

Ketika tiba di kedai, kawannya telah memesan sepinggan Maggi goreng tapi tak mahu sayur dan pedas. Mendengar hal itu, dia tidak henti mengusik kawannya itu. TAK MAKAN MAGGI PEDAS

Diusik tanpa henti dan mungkin tak tahan, kawannya yang malu memetik nama negeri Pantai Timur yang dikenali, Kelantan. Menurutnya, sebab dia tidak makan pedas adalah kerana dia berasal dari Kelantan. Ini kerana rakyat Kelantan lebih sukakan makanan yang lebih manis. TAK MAKAN MAGGI PEDAS

Hairan mengapa nama negeri yang dipetik, lelaki itu terus mengusik kawannya.

https://www.tiktok.com/@miorozair/video/7107882821053697307?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@miorozair Dh lemah claim kelantan lakπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ #fypγ‚· ♬ original sound – Kyle

Di ruangan komen pula, orang ramai turut hairan mengapa nama negeri Kelantan pula yang dipetik oleh lelaki itu. Walaupun rata-rata rakyat negeri Kelantan menggemari hidangan yang manis, namun ada juga yang sukakan pedas jadi tak relevan untuk melibatkan negeri itu.

Apa Kaitan Dengan Negeri Orang? TAK MAKAN MAGGI PEDAS TAK MAKAN MAGGI PEDAS

Aduhai, rasanya ramai juga rakyat Kelantan yang gemar dengan masakan pedas. Kalau sudah diri tu tak suka makan makanan pedas, janganlah pula memetik nama negeri orang. Jadi isu pulak nanti.

Namun orang ramai tak perlu risau, jelas video itu hanya sekadar gurauan di antara kawan-kawan. Bab mengusik ini memang sudah menjadi perkara biasa.

Kredit: miorozair

Baca Juga: β€œTapi Rasa Sedap Je! ” – Gara-Gara Kritik Nasi Lemak KFC, Ramai Yang Tak Setuju Dengan Lelaki Ini

tags: | | | |