Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kenaikan Harga Ayam Menjejaskan Ramai Pihak, Akhirnya Isu Itu Memaksa Peniaga Ini…

Kenaikan Harga Ayam Menjejaskan Ramai Pihak, Akhirnya Isu Itu Memaksa Peniaga Ini…

Kategori:
HARGA AYAM

Baru-baru ini, orang ramai sangat tidak berpuas hati dengan isu kenaikan bahan-bahan mentah di pasaran. Dengan keadaan ekonomi yang masih lagi mencabar dan rakyat cuba pulih dari kesan pandemik wabak Covid-19, perkara itu amat mengejutkan.

Bukan sahaja pengguna, malah peniaga kedai makan turut terkesan oleh perkara itu. Perlu mengeluarkan modal lebih bagi menampung kos, peniaga berada di situasi tersempit. Meskipun mahu memuaskan hati pelanggan, mereka juga perlu mengambil kira sisi lain dalam perniagaan.

Harga Ayam Naik Memaksa Peniaga

Jelas isu kenaikan harga ayam ini tidak disambut baik oleh para peniaga. Tertekan, seorang peniaga menaik sebuah video di laman TikTok menerusi akaunnya, fairusophia.

Menjual ayam gunting, peniaga tersebut memaklumkan pada pelanggan mereka bahawa ayam gunting yang dijual dengan harga RM 7 sebelum ini perlu dinaikkan pada RM 8 memandangkan tidak mampu menampungkan kos ayam. Meskipun berat, perkara itu terpaksa dilalukan.

https://www.tiktok.com/@fairusophia/video/7036217998289472770?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8b3sFZgvLEuhi%2BIjtuq81ylS6ln0N2RvlNA5Ijh2pETyp78NKSX8%2Biy1%2Fo9jS%2FAqFjjsIUFA%2BDRpWcpxhGgA%3D&checksum=b91d361094ac76c411aedb8ff35d91af8eae1481c29383f5daa20e726f1f5bab&language=en&mid=7024126569400519451&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7036217998289472770&share_link_id=4f2b2c01-78c1-4dca-84a0-b04da93e8721&source=h5_t&timestamp=1638328214&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937

@fairusophiaharap fyp sampai je pihak kementerian..##fypシ ##tiktokmalaysia🇲🇾♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Perlu Faham Peniaga Kecil

Melihat di ruangan komen, beberapa warganet mengesa orang ramai untuk memahami situasi peniaga. Jangan sekadar merungut, mereka seharusnya memahami sisi peniaga yang perlu menampung pelbagai jenis kos. HARGA AYAM

Masih Lagi Murah

Malah, ada yang menambah bahawa ayam gunting yang dijual oleh peniaga itu dengan harga RM 8 adalah murah jika dibandingkan dengan kedai lain. HARGA AYAM

Sebelum kita mengecam peniaga kerana mengenakan harga sebegitu, seharusnya kita juga perlu memahami situasi mereka. Keadaan ekonomi sekarang tidak seperti dahulu dan akan sentiasa berubah-ubah. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia perlu menyokong satu sama lain agar kita semua mampu mengharungi waktu yang mencabar.

Semoga para peniaga di luar sana kuat mengharungi ujian ini dan sentiasa maju.

Kredit: TikTok fairusophia

Baca Juga: “Sampai Hati Cakap Macam Tu..” Pelanggan Pertikaikan Harga Mee Kari RM 8, Peniaga Ini Jelaskan

tags: