Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Sudah Kenal Semua Sarapan Pagi di Malaysia? Jom Kenali 10 Sarapan Pagi Dari Negara Lain!

Sudah Kenal Semua Sarapan Pagi di Malaysia? Jom Kenali 10 Sarapan Pagi Dari Negara Lain!

Kategori: ,

Sarapan pagi merupakan sajian yang terawal yang perlu diambil setiap hari. Di Malaysia, sudah terdapat pelbagai pilihan sajian untuk dinikmati ketika bersarapan, contohnya nasi lemak, roti canai, nasi kerabu, nasi dagang, dan lain-lain.

Sudah mengenali segala variasi sarapan pagi di Malaysia? Apa kata kita berkenalan pula dengan sarapan pagi yang dinikmati oleh warganegara lain.

Setiap negara mempunyai sajian sarapan pagi yang berbeza-beza. Anda jangan pula terkejut bila mengenali setiap satu kerana setiap hidangan dipengaruhi oleh budaya dan gaya hidup negara masing-masing.

Jom kita kenali sarapan pagi dari negara lain!

Sarapan Pagi Dari Negara Lain

1. Iran

SARAPAN PAGI IRAN

Warganegara Iran suka menikmati roti Naan bersama dengan mentega dan jam. Selain itu, Haleem juga antara pilihan terkenal untuk dinikmati sebagai sarapan. Haleem merupakan bubur atau sup kental yang terbuat dari gandum, daging, dan rempah, yang dimasak dalam waktu lama dengan dipanaskan pelan-pelan. Boleh dinikmati sejuk atau panas.

2. Filipina

SARAPAN PAGI FILIPINA

Di Filipina, rakyatnya menggemari menikmati buah mangga, nasi dan sedikit sosej yang dikenali sebagai longganisa. Apabila digoreng bersama sedikit garam dan bawang putih, ianya dikenali sebagai sinangag. Sinangag tersebut dicampur bersama telur, daging dan kacang.

3. Scotland

SARAPAN PAGI SCOTLAND

Penduduk di Scotland suka menikmati Haggis bersama telur goreng sosej berbentuk segi empat yang dikenali sebagai Lorne. Haggis merupakan makanan seakan puding yang diperbuat daripada isi biri perut biri-biri yang terdiri daripada jantung, hati dan peparu.

4. German

SARAPAN PAGI GERMANY

Di German, mereka bersarapan dengan Wurst iaitu sosej, bersama dengan keju tempatan dan roti. Digandingkan dengan secawan kopi.

5. Perancis

SARAPAN PAGI PERANCIS

Perancis sudah terkenal dengan roti Croissants. Untuk sarapan, rakyat Perancis gemar menikmatinya bersama kacang badam yang telah dihancurkan, mentega, coklat, atau krim.

6. Sweden

SARAPAN PAGI SWEDEN

Warga Sweden dikatakan bersarapan dengan dengan pankek Swedish yang dikenali sebagai Pannkakor yang menyerupai crepe. Ianya dihidang bersama inti buah-buahan yang manis.

7. Poland

SARAPAN PAGI POLAND

Untuk sarapan pagi, rakyat Poland bersarapan dengan Jajecznica iaitu hidangan telur hancur dan dihidang dengan dua pankek ubi.

8. Turki

SARAPAN PAGI TURKI

Beberapa variasi keju, mentega, buah zaitun, telur, tomato, timun, jam, madu, dan daging yang pedas selalu dinikmati rakyat Turki.

9. Australia

SARAPAN PAGI JEPUN

Rakyat Australia mengamalkan sarapan yang ringkas iaitu roti bakar yang disapu dengan Vegemite.

10. Jepun

SARAPAN PAGI JEPUN

Sarapan pagi yang dinikmati warga Jepun merupakan tofu yang dihidangkan dengan ikan, nasi bersama kicap. Juga semangkuk sup Miso.

Sangat lain dari sarapan pagi di Malaysia, kan? Yang pasti semua negara mempunyai keunikan masing-masing yang harus dihargai dan dihormati.

Sarapan di negara Malaysia pun tak kurang hebatnya. Jom kita kongsikan pada kawan-kawan untuk mereka mengenali sarapan pagi dari negara lain juga.

Kredit: Pinar Noorata

Baca Juga: 30 Resepi Sarapan Rakyat Malaysia

 

 

 

tags: |