Hidangan steak merupakan hidangan yang terkenal, terutamanya di kalangan pencinta makanan barat. Ia merupakan potongan besar daging yang disiapkan untuk memasak. Selalunya, daging lembu menjadi pilihan utama, namun daging ayam atau ikan juga sering digunakan. Steak biasanya dimasak dengan cara dipanggang ataupun digoreng.
Berbeza dengan lauk daging yang dimasak cara Malaysia, steak boleh dinikmati dengan pelbagai cara dan mengikut kesukaan masing-masing.
Berikut merupakan beberapa cara lain untuk menikmati steak anda. Masakan yang lebih cepat akan menghasilkan daging yang lebih lembut, dan berair, dan masakan yang lebih lama akan mengurangkan juicyness pada daging dan juga masalah tentang penyakit.
Namun, ada juga beberapa individu yang beragama Islam risau akan steak yang dimasak dengan cara medium rare. Ingin tahu, dia telah melakukan sedikit penyelidikan.
Hasil dari penyelidikkannya, dia telah mendapati bahawa daging yang dimasak dengan cara selain cara well done masih lagi selamat dan boleh untuk dimakan buat mereka yang beragama Islam.
Bagi penggemar steak, apakah cara masakan steak yang anda paling suka? Setiap cara ada kelebihan, ada kekurangannya. Seeloknya anda menikmatinya dalam kadar sederhana bagi mengelakkan sebarang penyakit berbahaya.
Semoga info ini bermanfaat buat anda.
Kredit: TashaRuby Kanapi